Dear Followers :)

Friday, October 28, 2016

Unforgettable Moments (Part 1) - Pengalaman Mengandung Anak Pertama.

Assalamualaikum :)


Amaran : Entry ini panjang!


Masih ingat lagi tahun lepas, 25 Disember 2015 pukul 6.00 pagi aku buat urine pregnancy test dan keluar double line. Aku dan husband masa tu happy sangat sebab kitorang memang nak anak cepat-cepat. Kononnya nak bunting pelamin, tapi lepas tiga bulan kahwin baru ada rezeki. Alhamdulillah, Allah knows best when is the right time for us having a baby. Semua orang pun macam tu. Percayalah Allah knows best about everything in our lives.


Pagi tu juga, kitorang terus pergi Klinik Kesihatan untuk sahkan kandungan. Nurse kira-kira, masa tu pregnancy dah lebih kurang 6weeks, and I was told my Expected Delivery Date (EDD) is on 05/08/16. Sepanjang 9 bulan pregnant, aku lalui macam-macam pengalaman baru. Best sangat sebab rasa macam mudahhhh sangat pregnant kan my baby.


No morning sickness. No mengidam pelik-pelik. No minum air gula. No mood tunggang-langgang all the time. Allah makes it sooooo easy. Ingat lagi, sepanjang 9 bulan mengandung, aku pernah muntah 4 kali je. Pastu takde pulak teringin nak makan benda pelik-pelik yang susah nak cari. Fyi, aku sejak azali memang sentiasa mengidam, nak itu nak ini. Haha. During pregnancy pun ada lah jugak teringin nak durian goreng lah, apa lah, tapi semua dapat sebab Abang rajin melayan. Hihi Alhamdulillah.


Benda paling malas nak buat time pregnant - monthly regular check up. Sebab kena tunggu lamaaaa gila sebab orang sentiasa ramaiiiii gila kat KK. Lepastu kena apply leave every month (sebab tak dapat check up hari Ahad), biasanya aku ambik half day leave je, so annual leave memang gone untuk tahun ni. Ni balance pun tinggal sehari je. Kikiki. Ada sekali tu, lepas raya lah, masa tu  berat badan naik 5kg dalam masa sebulan. Terus nurse suruh datang lagi dua minggu sebab nak monitor blood pressure and all. Haha luckily everything was fine. HB pun tak pernah below 10, and urine pun always bersih. Tu yang tak payah minum air gula tu! (Mama n ayah takde kencing manis is a value added)


Masa perut dah mula membesar paling best. Sebab boleh extra manja dengan husband. Kihkih. Dia tolong potongkan kuku kaki, jadi tukang urut, dia tolong buat house chores, dia tolong masak, and etc. Eh lepas deliver pun Abang still tolong jugak buat semua tu, tapi potongkan kuku jeee dia dah tak buatkan. Huhu.. Pastu, paling rindu nak rasa baby tendang-tendang and gerak-gerak dalam perut. Since early pregnancy pun, semuaaa yang kita buat, semua kita fikirkan pasal baby je, dah takde fikir diri sendiri dah. Dah tak boleh ikut sedap rasa je nak makan and buat aktiviti lasak-lasak. Kurma yang dulu tak suka makan pun, aku dah start amalkan since baby 3 bulan. Setiap pagi makan 3 biji kurma, dan hari-hari minum susu kambing untuk banyakkan susu badan n kuatkan tulang baby. Pengorbanan seorang ibu dah start since dia pregnant kan kita lagi tau! So jangan suka-suka nak derhaka dengan mak bapak korang ye. Hihi.


Start 36 weeks je beg baby dah standby dalam kereta sebab nurse dah suruh siapkan. Buku pink pulak memang all the time ada dalam dashboard kereta. Perut dah sarat, memang cepat sangat rasa letih tapi masih mampu jalan laju. Pastu kaki lenguh pastu si suami lah jadi tukang urut tak bertauliah kita, hahaha. Dah 36weeks tu, nurse cakap baby dah matang, bila-bila je dah boleh deliver so kena always alert dengan tanda-tanda nak bersalin. Kat office ni memang almost setiap hari aku meng-google macam-macam, dari ilmu pregnancy, ilmu cara nak deliver baby, list barang kena prepare nak bawa pi hospital, and semua lah.


Eh lupa nak cerita! Aku kan time pregnant, 3 kali scan baby nak tengok jantina baby tapi tiga-tiga kali tak nampak! Punyalah pemalu anak Mama ni. Pastu semua orang teka baby dalam perut ni baby boy. Evelyn (manager aku) sorang je teka baby girl. Pastu dah lah bila aku baca tanda-tanda anak lelaki/perempuan, almost semuaaaaa menjurus kepada anak lelaki. Haha. Takde morning sickness lah, suka makan seafood lah, heartbeat baby kurang 140 per minute lah, semua tu ada time aku pregnant. Sejujurnya aku n husband memang tak kisah gender baby ni, asalkan baby sihat sempurna kitorang dah bersyukur Alhamdulillah. Tapi kalau nak lagi jujur, memang kitorang harapkan anak lelaki pun. Kikiki. Abang siap panggil-panggil nama lelaki lagi bila baby gerak dalam perut sebab konon confident ni anak lelaki ni. Hahaha. Nama baby memang kitorang dah standby untuk dua-dua gender. Hee. Tapi sekali lagi Allah knows best, last-last baby girl yang keluar. Hehe.


To be continued : Unforgettable Moments (Part 2) : Pengalaman Bersalin Anak Pertama.



Detik-detik akhir bergelar Pregnant Woman. Sooo rindu. hihi ♥



awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment