Dear Followers :)

Wednesday, December 16, 2015

Positif!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum :)

15.12.2015

Genap 20 hari lewat period. Tak pernah-pernah pun lewat sampai macam ni sekali sebab aku jenis period yang tetap setiap bulan. Tapi aku takde rasa apa-apa symptom orang pregnant pun. Mual ke, muntah ke, mengidam apa-apa ke, semua takde. Cuma kadang-kadang tu ada terasa sakit perut dan pinggang, ingatkan tu sakit pinggang nak period macam biasa.

UPT kit dah lama ada dah, sebab masa bulan 9 haritu ada beli. Masa tu lewat period 13 hari, ingatkan sebab pregnant, rupanya sebab sakit kencing kotor. Syukur tak sempat guna UPT kit tu lagi, darah dah keluar. Kalau tak membazir je, UPT kit tu mahai oi! Kihkih

So, bulan 12 ni bila dah dua minggu lewat masa tu, cakap dekat Abang nak buat urine test, tapi Abang tak kasi, dia suruh tunggu sebulan. Nervous katanya. Cis. Lepastu kebetulan 15hb kami masing-masing ambik cuti nak renew roadtax kereta, jadi cakap kat Abang nak check jugak. Kalau ada apa-apa hal cepat tahu kan. Takut-takut ada benda tak elok ke apa ke.

Pukul 6.00 pagi 15.12.2015, Abang kejut ajak pi buat urine test. Nervous oi masa tu. Terus turun pi toilet, guna first urine released of the day sebab dah baca kat google, semua cakap result paling tepat kalau guna first urine sbb tahap HCG paling tinggi kan. Jeng jeng jeng, celup UPT kit dalam urine 10 saat, lepastu tak sampai seminit dah keluar double line macam gini!


Terang lagi nyata, kan?

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah! Speechless teruk. Abang tak habis-habis cakap "Congrats Sayang." Dalam hati aku, congrats apanya, bukan ke ni kejayaan dia jugak? Hahahaha. Rasa macam tak percaya. Alhamdulillah, walaupun impian untuk bunting pelamin tak kesampaian (hahaha!), tapi Allah masih beri aku peluang untuk kandungkan anak dalam rahim ni. Inshaa Allah sampai cukup 9 bulan nanti! Amin!

Ha lepastu Abang terus ajak pergi klinik. Tapi lepak-lepak dulu kat rumah, pukul 9 pagi jugak lah baru sampai klinik kesihatan. Nurse tanya je buat urine test kat mana and memang positive ke, lepastu dia terus buatkan buku pink. Eh, takyah check lagi sekali ke aku betul-betul pregnant ke tak. Lol. Terus je buat urine test untuk tengok air kencing kotor ke tak, lepastu ambil darah untuk ujian saringan thalasemia dengan HIV, lepastu masuk bilik jumpa nurse untuk ambil berat badan, dan check kandungan.

Nurse kata baby baru 6 minggu 6 hari, dan dia kira-kira, tarikh dijangka bersalin awal bulan 8 tahun 2016. Inshaa Allah, moga-moga anakku panjang umur dan membesar dengan sihat dan kuat. Nanti 4 Januari 2016 kena datang klinik untuk scan baby. Huhu, banyak hari lah nampaknya nak kena cuti kerja ni.

Tolong doakan saya dan baby baik-baik saje!
Amin ya rabbal alamin.


awak tolong LIKE ya ? :)