Dear Followers :)

Tuesday, September 29, 2015

Satu bulan sudah berlalu! :)

Assalamualaikum :)



Alhamdulillah, hari ini genap sebulan kami sebagai suami isteri, sejak 29 Ogos 2015 yang lalu.
Alhamdulillah, semuanya baik-baik je setakat ni.
Alhamdulillah, terima kasih Allah pinjamkan dia sebagai seorang suami.
Alhamdulillah, aku bahagia.

Semoga Allah permudahkan untuk kita mengharungi segala suka dan duka, pahit dan manis bersama.
Semoga Allah kekalkan dan mekarkan perasaan sayang dalam diri kita selamanya.
Semoga Allah kurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah, yang boleh kita harapkan bila kita tua nanti.
Semoga Allah jaga ikatan perkahwinan kita ini dari sebarang kesulitan dan keburukan yang boleh merosakkan rumahtangga.
Semoga Allah redha dan berkati perjalanan hidup kita bersama.

Dengan setiap nafasku,
Dengan seluruh jiwaku,
Dengan sepenuh hatiku,
Dan seumur hidupku,
Cinta ini untukmu, Abang.


awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, September 7, 2015

Saya dah kahwin!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 9 hari sudah bergelar seorang isteri kepada Muhammad Faizal.
Terkadang tu ada lagi rasa tak percaya.
Bila pandang muka dia, masih lagi terdetik "ya Allah, betul ke dia ni suami aku, nak kena taat kat dia ni. Beso betul tanggungjawab aku"
Masih tak percaya.
Masih dalam proses penyesuaian.

Tapi aku bahagia.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas nikmatMu ini.
Semoga Engkau menjadikan dia seorang suami
yang mampu mendidik,
yang mampu membimbing,
dan mampu mencintaiku selama hayatku.

Nah, kita belanja sikit gambar kahwin kita.

#290815 #NabxAidil #HidayahxFaizal #doublewedding #mywedding #sister



Photographer @mfiahpicture


Makan beradab @ Dewan Pusat Latihan, UTM Skudai
Deco & Bridal : D'Sani Bridal


Solemnization. Lafaz akad at 09.42 a.m.


My family.


Brides & Grooms with my beloved parents.


My blood sisters - Afiqah & Dianah
Apikah the talented mak andam yang mekapkan I for both majlis nikah and majlis resepsi.
Dianah yang mai rumah awal tolong packing kan goodies.
They both yang temankan I pi buat inai, ambil dulang hantaran, pakaikan inai, pakaikan mask, pergi dewan tengok bridal punya kerja, etc etc. They both helped me so much!
I  love you both foreverrrr!!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Majlis berjalan dengan lancar.
Habis je majlis, malam tu memang lepak gila, penat tokleh nak cakap macam mana.
Huhu.

Suami,
I love you sampai mati.
Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke syurgaNya.
Amin ya rabbal alamin.



awak tolong LIKE ya ? :)