Dear Followers :)

Monday, February 16, 2015

Selangkah lagi.


Assalamualaikum :)

Syukur teramat sangat, perjalanan ke penghujung Degree in Finance cuma tinggal selangkah je lagi. Last semester, tiada kelas, cuma perlu lengkapkan praktikal dan project paper. Currently tengah praktikal kat UTMSPACE, Skudai. Alhamdulillah, dekat sangat dengan rumah. Nice environment, tak stress langsung.

13 Februari 2015, Jumaat.
Keputusan peperiksaan semester 5 DiF keluar. Macam biasa, email dari sims@salam.uitm.edu.my sentiasa mendebarkan. Selawat dan buka. Allah.. Terima kasih ya Allah. Terima kasih beri aku peluang sekali lagi. Sekali lagi, lebih sangat daripada apa yang aku jangkakan. Alhamdulillah :'(

Aku gembira kerana dapat menggembirakan orang-orang kesayangan aku sekali lagi.
"Alhamdulillah, tahniah Kak Dayah. Mabruk."
"Tahniah sayang. Terima kasih sebab belajar rajin-rajin untuk kita.."

What else do I want? Nothing.

Enam bulan 13 hari lagi.
Inshaa Allah, dengan izinNya, jika dipanjangkan umur dan jodoh, aku dan dia bakal menempuh kehidupan baru bersama. Masih dalam proses persiapan, sebenarnya baru 20% yang siap. Hehe. Harap-harap Allah permudahkan. Jangan risau tentang rezeki, inshaa Allah Tuhan dah janjikan ada rezeki untuk orang yang berkahwin. Amin.

Kehidupan lepas berkahwin? Lagilah aku risau. Ya Allah.... Semoga yang baik-baik saja berlaku.

Bye.





awak tolong LIKE ya ? :)