Dear Followers :)

Friday, July 25, 2014

Jodoh.

Tuhan jadikan rasa cinta
Untuk kita jaga
Untuk kita semai penuh kasih sayang

Tuhan amanahkan hati kita buat seseorang
Yang namanya jodoh
Yang kita tak tahu siapa
Yang kekal menjadi rahsiaNya

Sehingga tiba satu waktu
Nanti,
Tuhan detikkan dalam hati kita,
"Dia jodohku"
Nanti,
Tuhan selitkan rasa cinta kita pada dia
Nanti,
Tuhan kirim rasa rindu yang membuak pada dia

Waktu itu,
Jangan kau ragu,
Bernikahlah.

Kerana sesungguhnya percintaan yang paling indah adalah sebuah percintaan yang halal, yang Allah redhai.

Ya Allah, tolong permudahkan, jangan persulitkan.

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, February 26, 2014

Setia?


Assalamualaikum.

Kau pernah kata, "Setia itu janji aku sejak dulu!" Persoalannya, sampai bila?

Pagi ini sangat menyeksakan. Bukan banyak yang aku minta, cuma satu jawapan yang lahir dari hati  kau.

"Bini meleter di pagi hari sangat tak best untuk didengar." :')

Sejak azali lagi hati aku dicipta kecil saja. Dan ia bertambah kecil.

Persoalannya, perempuan mana yang tidak terasa dengan perbuatan kau?

"The more social networks exist, the more chance for you to be cheated" Dulu aku sangkal, sekarang aku perlahan-lahan mula mengiyakan. Perempuan mana tak terasa bila satu saat engkau tunjuk pada dunia dia penting dalam hidup kau, dan satu saat lagi engkau tidak?

Kau upload gambar aku, lepas tu kau delete. Seolah-olah kau sorokkan aku daripada seseorang. Seseorang siapa? Kau rasa, apa yang aku fikir? Kau rasa, kalaulah kau buat macam ni kat orang lain, orang lain tu tak terasa ke? Kau rasa?

Yes, benda nampak simple, benda nampak kecil. Tapi kadang-kadang benda kecil macam ni terlalu besar maknanya buat orang lain. Tapi kau tak sensitif. Kau tak faham.

Now I can see that I am a boring person to be with. Everything about me is fucking boring. Kan?

We've gone so far together. Two years ain't a short time. Now that this is the third, we will be facing a lot more challenges. But I am not sure myself if I were strong enough to go through all these.

Que sera, sera. Whatever will be, will be. The future is not ours to see..

Jodoh ketentuan Tuhan. Aku yakin kalau Tuhan dah tetapkan dia jodoh aku, dia adalah jodoh aku.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, February 14, 2014

Keputusan Peperiksaan.

Assalamualaikum.

14 Februari 2014, hari yang paling dinantikan oleh pelajar UiTM. Too dying to know, too afraid to find out. Nervousness got into my nerves since the day before. And it comes to its peak, hours before. I was too worried. Since waiting for the email seems like forever, so I decided to sleep first.

3.48.
Sekarang aku tahu macam mana rasanya kekecewaan. A very lil' bit to the DL point. Teramat ralat dan kecewa sebab kita tahu, jika ditambahkan usaha 0.02 lagi, aku sudah di tahap selamat. I was really frustrated with myself. I was speechless and I just got nothing to say. Anymore.

DL is only a gelaran tho, and it doesn't really determine our level of intelligence. I personally agree with the statement, but somehow the title is like a kind of bonus and a satisfaction to us - students.

Dua minit. Dua minit yang membawa aku pulang ke alam realiti dengan satu perasaan yang amat, amat takut dan gementar. Cepat-cepat aku buka mata dan gapai handphone kesayangan. Jam tepat 5.00 pagi dan ada satu email notification di situ. There we go.

Selawat. Buka. Alhamdulillah. Harapan masih ada. Yang tadi cuma mimpi ngeri.

Bye.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, February 7, 2014

Assalamualaikum.

Hampir sebulan di rumah. Ada lebih kurang tiga minggu lagi untuk cuti semester berakhir. Tapi duit dalam purse pun dah tinggal RM1 je. Terasa lifeless yang teramat sangat.

Sejak dua menjak ni, ada je yang rasa tak kena. Entah, tak tahu nak cakap macam mana.

14hb Februari 2014, keputusan peperiksaan akhir semester 3 DIF keluar. Semoga yang terbaik hendaknya. Amin.

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, January 13, 2014

Hati, engkau kenapa?

Assalamualaikum.

Lama aku tak menulis waktu-waktu macam ni, sekarang jam 12.23 tengah malam.

Entah kenapa hati tiba-tiba rasa tak senang. Mungkin betul kata orang, jangan gelak banyak sangat nanti sedih. Letih badan dan otak sebenarnya. Tapi bila hati tak senang, nak tidur lelapkan mata pun payah. Hati, engkau kenapa?

Teringat waktu dulu. Kasihan jadi hati aku. Dulu hati penat sangat. Luka sana, luka sini..
Aku tak hiraukan dia pun. Aku asyik toreh dia. Tanpa belas kasihan. Biasalah, pahit perlu diharungi untuk bertemu kemanisan :)

Tapi hati, kau mesti bangga dengan aku kan sekarang? Dah dua tahun kau gembira, kau senang. Kan? Hati, kau dah ada teman kan? "Jangan kau pergi tinggalkan aku, bawa aku ke mana kau mahu."
Hati, kau bertemanlah dengan hati dia selamanya ya. Ya, hati dia.

:)

Eh, alhamdulillah final exam is almost over. Tinggal satu paper je lagi on the 16th January, paper Corporate Finance. Wish me all the best. Kalau ada rezeki, aku nak mengulang kenangan. Inshaa Allah, amiin. Niatkan kejayaan untuk kedua orang tua kita.


awak tolong LIKE ya ? :)