Dear Followers :)

Monday, March 25, 2013

;)

Assalamalaikum.

Hari ini Isnin. Esok Selasa. Lusa hari Rabu. Hari Rabu saya ada peperiksaan. Saya gementar.

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Saya cuma tidur 4 jam sahaja. Dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi. Dan sekarang saya terasa sakit kepala tetapi tak boleh tidur. Saya  tahu kenapa. Ini mesti sebab saya telan red bull pagi tadi.

Masih banyak topik yang perlu saya cover. Mungkin petang nanti saya sambung lagi. Duduk di rumah ini ada banyak dugaan. Tv, bilik tidur dan internet. Saya sendiri kena tegas dengan diri sendiri kalau saya nak yang terbaik untuk diri sendiri. Saya tahu.

Maafkan saya. Saya terasa saya perlu cepat bebas daripada semua ini. Saya mungkin akan sangat keletihan tak lama lagi. Saya tahu saya perlu tambahkan sedikit kesabaran kerana saya memang akan bebas tak lama lagi. Kemudian saya akan berehat beberapa bulan sebelum sambung lagi ke peringkat yang lebih tinggi dan mencabar. Tak lah rehat sangat pun beberapa bulan tu sebenarnya, inshaa Allah saya akan kumpul pengalaman bekerja pula. Saya doakan saya mudah mendapatkan pekerjaan sementara selepas graduate Diploma nanti. Aamin.

Okay, sekarang saya nak pergi mandi. Kemudian sambung ulangkaji pelajaran sedikit mungkin? Mungkinlah. Saya harap saya tidur.
Sekian, terima kasih.

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, March 23, 2013

Pengakhiran.

Assalamualaikum.

Amboi, sudah berbulan-bulan rupanya aku tinggalkan dunia tulisan ini. Rasa rindu. :)

Dah hampir ke pengakhiran Mac 2013 pun. Dah sampai ke penghujung Diploma pun. 12 April 2013 nanti, inshaa Allah tamat sudah perjalanan penuh liku, suka-duka aku sebagai seorang mahasiswi Diploma Perbankan, UiTM JB.

Tiga tahun perjalanan terasa singkat. Mungkin kerana sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat tersayang. Perjalanan aku sentiasa ada yang menyokong dan mendukung. Aku bersyukur untuk itu. Sangat bersyukur. Waktu suka dan duka, jatuh dan bangun aku, insan-insan penting sentiasa ada. Keluarga, kesayangan dan sahabat darahku.

Wahai diri, bangkitlah dari kejatuhanmu. Jangan hanya mengeluh kesah tetapi terus leka dengan dunia fantasimu. Letakkan fokus pada yang sewajarnya. Perangi diri sendiri yang kau benci itu. Haaa jangan cuma pandai berkata tapi tak pandai kotakan.

Aku akan rindu kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi Diploma Perbankan UiTM JB. Aku akan rindu sahabat-sahabat yang sentiasa mendampingi aku, yang aku boleh minta dan pinjam apa sahaja, yang aku kongsikan semua suka dan duka, kebodohan dan kesengalan. Aku akan sangat rindu. Entah ada lagi tak sahabat macam mereka berdua nanti.

Aku juga bakal rindu tempat itu. Bangunan itu. Tempat di mana aku dipertemukan dengan si jantung hati. Jika dipanjangkan umur dan jodoh, si bakal suami. Tempat itu yang mula menyatukan hati kami.

Tempat itu juga yang menemukan aku dengan sahabat-sahabat. Yang punya pelbagai ragam dan kerenah. Malah pelbagai identiti ;) Tempat itu juga yang memberi aku sejuta ilmu, diturunkan melalui pensyarah-pensyarah yang penyayang dan berdedikasi. Pensyarah yang seperti ibu sendiri. Tiga tahun bersama mereka, bohong kalau aku kata aku tidak sayang mereka semua. Aku sangat-sangat sayang. Allah, aku sudah jadi rindu :'(

Ya Allah, perancanganMu indah sekali. Tak ada siapa pun di muka bumi ini yang mampu tahu dan meneka apa rancanganMu terhadap hidup kami. Kau tentukanlah yang terbaik untuk hidupku. Aku hanya mampu berserah dan berdoa padaMu.

Aku mohon satu peluang, tolong berikan aku kesempatan membahagiakan kedua ibu bapaku dan mengukir senyuman di wajah mereka, kesempatan untuk memenuhi segunung harapan para pensyarah kesayanganku, kesempatan untuk mencapai impian si kesayangan dan kesempatan untuk aku berasa puas hati dan berbangga dengan diri sendiri. Aku mohon itu, Ya Allah. Tolong redhakan perjalananku.

Selamat maju jaya, saya dan rakan-rakan seperjuangan..
Aku sayang kalian..

* Ini jadual peperiksaan akhir saya yang terakhir. Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat ye. Aamiin, semoga Allah membalas jasa kalian.

27 Mac 13 - Entrepreneurship
31 Mac 13 - Islamic Banking
3 April 13 - Investment
10 April 13 - Human Resource Management
12 April 13 - Legal Ethics in Banking

awak tolong LIKE ya ? :)