Dear Followers :)

Thursday, November 29, 2012

Pulanglah.

Assalamualaikum

Yang lepas biarlah lepas
Yang akan datang, usahakan
"Jangan banyak berangan, jadikan pengajaran" kata Puan Su
"Jom kita struggle lagi utk yg terakhir" kata teman
Terima kasih :')

Ku akui aku sedih bila tersungkur. Hmm

Semoga pengajian diploma perbankan ini akan berakhir dengan sesuatu yang manis.
Inshaa Allah.

Jika rasa jauh, dekatkanlah
Jika rasa kurang, lebihkanlah
Jika rasa hilang, carilah

Semua ada pada Allah
Dekatkan diri pada Allah, lebihkan ibadat kepada Allah dan carilah ketenangan dan petunjuk Allah.
Pulanglah pada Allah.

Allah, ku mohon Kau tingkatkan iman kami umat Islam di seluruh dunia dan kuatkan semangat kami untuk terus beribadat kepadaMu. Amiin.


awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, November 15, 2012

One freaking bored semester break

Assalamualaikum :)

The semester break is being toooooooo depressing as I have nothing interesting to do.
I wish it would last very soon.
It is sucks when I feel like screaming all the time telling the world 
 "I AM BORINGGGGGGG!!!!"

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, November 9, 2012

"Thumb up" dan jelirkan lidah

"Dalam menikmati kurniaanMu, tak terucap lafaz terima kasihku"

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah. Agak ralat, tetapi redha. I deserve for it.

Permulaan sem aku sangat rapuh. Hilang semangat dan kekuatan diri. Hampir sebulan baru aku jumpa semula dengan semangat itu dan mulakan perjuangan aku. Mungkinlah, aku banyak berangan. Tapi itu bukan puncanya. Mungkin aku tersasar daripada fokus atau aku sendiri yang sentiasa tidak melakukan yang terbaik. Aku tahu aku boleh lakukan lebih daripada itu!

Ingatlah di mana bila kau rasa kau jatuh tersungkur, ada orang lain yang jatuh lebih teruk daripada itu. Kerana itu Allah menyuruh agar kita sentiasa bersyukur. Walau apa yang diberi, terima dengan redha. Sebab ketentuan Tuhan itu sentiasa yang terbaik untuk kita.

Tapi, jangan sampai terlupa renungkan semula apa salah dan silap kita. Jangan bila rasa diri tu teruk, you simply cakap "ah takpe, ada lagi yg lebih teruk daripada aku" tanpa betulkan apa yang silap tu.
* Eeeeee aku benci cakap depan cermin!

Told ya, this was the toughest part ever. * Haaa alasan lah tu!* Tapi, betul, paling susah :(

Aku tahu sebenarnya Tuhan marahkan aku. Tapi Dia still sayangkan aku sbb Dia still bagi apa yang aku minta :'( hmmm

Congratulations, friends! Don't be sad, we can always be better. Semua orang layak mendapat sebuah "TAHNIAH" sebab kita dah berusaha apa yang termampu. Kan? So keep on moving.

"Thumb up" di atas bererti "padan muka" dan bukannya "good job". Ok bye.

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, November 7, 2012

Tahi itu busuk.

Assalamualaikum.

Semakin panjang waktu kita mengenali seseorang, semakin kita tidak kenal akan dia.

Kerana itu aku malas untuk mengenali orang. Ragamnya aneh-aneh belaka.
Jika aku berkawan, aku berkawan dengan ikhlas.
Jika aku menolong, aku tak mengharap sebarang balas.
Jika berselisih faham, aku ingin semuanya jelas.
Aku sentiasa cuba jadi seorang kawan yang terbaik bagi semua.

Aku tidak betah mempunyai ramai kawan yang dekat denganku. Yang sentiasa tahu gerak-geriku. Atau yang sentiasa nampak bayang aku. Kerana semakin ramai, semakin hidup aku terdedah dengan segala durjana dunia.

Bila aku ada kawan baru, aku cuba untuk terima setiap baik dan buruk dia. Aku cuba untuk selesa dengannya. Aku cuba untuk meletakkan kepercayaan aku pada dia, walau tidak banyak, sedikit pun jadilah. Duduk bersama bercerita tentang kisah hidup, dan apa sahaja.

Tapi itu semua tak lama. Bila aku sudah selesa dengannya, bila aku sudah mula percaya padanya, dia lemparkan aku tahi. Tahi, tahu? Busuk, jijik! Hampir saja tahi itu mengotori sebuah ikatan suci persahabatan yang telah terjalin hampir tiga tahun. Mujur cepat aku cuci dan samak.

Di sini aku ingin bertanya, pernah bersalahkah kami terhadap kau? Jika ya, katakan. Aku tak pernah meminta untuk kau memohon maaf, tapi aku inginkan penjelasan yang jelas. Aku muak melihat kau berpura-pura seolah-olah kau tidak melakukan apa-apa.

Mungkin bila aku bercerita, maksud cerita yang aku ingin sampaikan itu kau salah faham. Bila aku bercerita tentang ABC, kau bercerita semula kepada orang lain ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ, padahal yang kau tahu cuma ABC. Huh, kelakar! Lagi pula, perlu ke kau ceritakan semula cerita aku pada orang lain?

I made up my mind. No more stories, no more anything to share with you. I don't believe you anymore. That is it.

Aku tak pernah minta pun semua ni terjadi. Mungkin aku yang tak cukup bagus untuk jadi kawan kau. Aku minta maaf.

Memang dalam hidup ini masalah tak pernah habis. Siapa yang tak mengenali diri kita akan sentiasa mencemuh kita jika dia dengar yang buruk-buruk tentang kita. Masalahnya, betul ke apa yang dia dengar tu? Yang kita ni pulak, tak tahu-menahu pun pasal cerita buruk seburuk kain buruk tu.

Biarkan, bagus lah macam tu. Lebih baik tak tahu dan teruskan hidup macam biasa. Daripada tahu kemudian mula ada perasaan sakit hati. Cukuplah dosa yang dah terlampau banyak ni, takperlu tambah dengan dosa membenci orang lain pula. Tak gitu?

"Smile and let everyone knows that you are a lot stronger than you were yesterday." :)



awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, November 5, 2012

Sayang, aku sayang :)

"Takkan ada yang pisahkan kita, sekalipun kau telah tiada"

Bukan kemewahan harta yang aku pinta, tapi kasih sayang yang melimpah-ruah.
Kau beri.
Bukan juga kata-kata pujangga yang mencairkan hati wanita ini, cukup sekadar engkau yang mengasihi setulus hati.
Kau bagi.

Tiada apa lagi yang aku mahukan, selain sebuah hubungan yang halal. Inshaa Allah.
Betul, aku terlalu berharap engkau menjadi yang terakhir untukku.
Terima kasih kerana sudi hadir menemani :')

May Allah ease everything. Aku takut. Takut jika aku tidak cukup kuat seandainya ada dugaan menimpa kita. Namun akan aku cuba sedaya upaya untuk mempertahankan hubungan ini. Akan aku korban jiwa dan ragaku. Aicehhh :p

Awak,

Saya bukan seorang gadis paling sempurna. Saya hitam, saya gemuk, tapi saya sayang awak.
Awak pun tak sempurna, awak laaaagi hitam, pelat pulak tu (hahaha jgn marah :p), tapi awak juga yang paling saya sayang.

Ada waktu kita berbeza, ada waktu kita sama.
Saya kuat makan, awak pun kuat makan.
Saya kuat nangis, awak kuat marah -.- HAHA

Tapi.. Perbezaan itu melengkapkan dan persamaan itu keserasian. Kan?

"Melihat dirimu ada senyum, canda dan tawa" :)

awak tolong LIKE ya ? :)