Dear Followers :)

Tuesday, May 29, 2012

Tioman Island.





InsyaAllah, one fine day. ♥
:)


awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, May 23, 2012

Main masak-masak

Assalamualaikum :')


Ini tomyam Thai asli. Acane, menggiurkan tak? (perasan) :P
100% aku yang masak semalam, dengan resipi yang aku cuba dari website myresipi.com.
HAHA. Cuma mintak bantuan mama untuk merasa cukup garam ke tak, sebab petang tu aku puasa. Percubaan persendirian pertama ni, aku kurang puas hati. Rasa macam ada yang tak cukup. Walaupun family kata dah sedap, tapi next time aku akan improve kan lagi. Lebih pedas, perhaps? ;)

Practice makes perfect. Honestly speaking, aku memang tak pandai memasak. Lagi-lagi kalau masak lauk. Setakat telur dadar, nasi goreng tu, aku pro lah. Aicehhh, yeye je. Haha. Haritu masak lauk sardin pun, aku bedal je. Nasib baik ada rasa. Awwwww sangat menyentuh jiwa dan perasaan kan? Emm.. Jangan sedih-sedih. Yang tak pandai boleh jadi pandai kalau belajar :')

Masak tomyam ni pun sebab LMD aku sibuk suruh belajar masak memandangkan cuti sem ni aku asyik melepak je dekat rumah 24 jam. Okay GajahSaya yang kuat makan, I have done the first menu. Tapi kesian awak tak dapat rasa kan. Tu lah, jauh sangat rumah tu. Lepas ni nak menu apa pulak? I am thinking of labu masak lemak lah, macam sedap je? What say you? Hehehe

Berbekalkan semangat yang dibekalkan oleh pembekal semangatku, ditambah lagi dengan sokongan padu dari ibu, ayah, dan keluarga, saya, Nurul Hidayah Khairudin, dengan ini BERAZAM untuk lebih RAJIN belajar memasak. Buat keluarga bakal mertua, jangan risau, by the time saya kahwin dengan bakal suami saya nanti, insyaAllah saya akan pastikan dia takkan sempat rasa lapar. HAHAHAHAHA :P

Okbye!

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, May 16, 2012

Kereta.

Assalamualaikum :)

Dulu aku nak kelisa. Kenapa? Sebab dia macam mini cooper. Comel gila kot! Kalau aku terlebih kaya memang aku beli mini cooper je terus :P Tapi alang-alang kalau aku nak beli kereta nanti, rasanya biar aku beli yang betul-betul nak pakai lama je lah. Nanti bila dah kahwin, tak perlu la nak beli kereta lain yang lebih besar untuk muatkan anak-anak semua. Biar alah membeli menang memakai. Kan?

Aku masih seorang student yang belum ada income. Mana ada duit nak beli kereta kan. So, aku mesti bersabar. Biar aku mimpi-mimpi je untuk ada sebuah kereta milik aku sendiri. Dari mimpi jadi impian, dari impian akan jadi kenyataan bila betul-betul berusaha.

Ehemmm..


And then, aku berkenan betul dengan Honda Hybrid Insight. Macam, "Eh, kereta ni macam smart lah." Ada yang kata kereta ni pelik, ada yang kata cantik. Well, it's our own taste. Different people, different taste. Tapi, harga dia pun cantik lah kan. Lagi-lagi kereta import.


Recently, kereta Proton Preve ni pulak keluar. And I was like "Oh man, this is awwwwwwwwhsemmm." Harga dia pun macam affordable je. RM 75k at max. Sporty, size boot pun besar, space kereta pun luas, etc. Just, perfect!  Hehehehe. I will try my very best to save money. Hmmm. By the time aku nak beli, entah-entah harga dia dah rendah sikit. (of course it will).



Cantik kannnn... *-*  (kelip-kelip mata)

Emmm.. Entah-entah ada je model baru yang better keluar nanti. Haha. Takpelah, akan dipertimbangkan lagi kemudian. Guys, doakan rezeki aku murah ye. AMIIIIN :)

# Untunglah kalau kaya, nak je terus dapat. Takpelah, yang susah nak dapat itu yang lebih manis kan?


awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, May 7, 2012

Dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.

Assalamualaikum.

Kita berasal dari tanah, dan akan kembali ke tanah jua. Kita datang dari Allah dan kepada Allah juga kita kembali. DIA, Pencipta kita semua. Semua yang ada di alam ini, semuanya milikNya, hanya pinjaman buat kita sementara saja.

Kematian tak kenal usia. Bila tiba masa, takkan lambat sesaat atau cepat sesaat pun. Tak boleh nak elak. Tak boleh nak cakap tidak.

Aku sebenarnya, sebak..
Takut..

Jangan main-main cakap tentang mati. Kata-kata tu satu doa. Hmm

Kebelakangan ini, ada je berita kematian yang aku terima. Orang inilah, orang itulah. Bukan mudah nak terima kehilangan orang yang kita terlalu sayang. Tapi, itu ketentuan Tuhan. Kita sebagai hamba, perlu terima dengan redha dan tabah. Ini ujian. Kita yang hidup perlu teruskan hidup, perlu usaha tingkatkan amal kita sendiri. Masa kita belum tentu bila. Mungkin kejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa.
Ye, bercakap memang mudah, aku belum merasa, tapi itu hakikat, wajib faham.

Perlukan masa untuk menerima. Ambillah masa banyak mana pun, tapi jangan sampai terabai yang wajib. Ibadah. Solat. Dekatkan diri dengan Tuhan. Semoga dengan itu, hati lebih tenang dan mudah untuk menerima. Ni sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga.

Aku sendiri pun belum bersedia untuk hadapi kehilangan orang-orang kesayangan aku. Tapi kalau nak tunggu bersedia, sebenarnya sampai bila-bila pun kita takkan bersedia. Betul tak?

Kita sama-samalah doakan semoga yang masih hidup dipanjangkan umur. Kita doakan semoga semua yang telah pergi menghadap Illahi dicucuri rahmat dan tenang di sisi Allah.

Al-fatihah.
Kalau ada kelapangan masa, apa salahnya kita sedekahkan surah Yaasin.
Semoga Allah memberkati.
:(



awak tolong LIKE ya ? :)