Dear Followers :)

Monday, December 26, 2011

:)

Assalamualaikum.


When it comes to love matter, neither you nor I can stop what we feel, can we? Sometimes we are actually not being desperate, we are just trying so hard to get what we want. I never force, I just let be.

I've been through so many things before. Maybe I deserve for what I have now. Please don't dispute.

♥ , I don't need any reason to love. I just be. I just love. I hope everything between us will be just fine within this six years, and FOREVER.

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, December 17, 2011

Aku takkan penat.

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku

Malam
Kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Slalu rasa ada cinta agung

Hujan
Bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti..


Assalamualaikum.

Bukan nak kata aku salah seorang yang gilakan Ombak Rindu, tapi dengarlah lagu dia, sayunya..
Sayu gila.. Hmm.. Serious touching overdose bila aku dengar lagu ni..

Aku sendiri tak faham kenapa aku degil mcm ni, tapi aku taknak, sumpah aku taknak tinggalkan kau. Biarlah kalo aku sakit pun, aku dah terlanjur sayangkan kau. Terlalu S A Y A N G. Kau bole faham tak?

Bukan sikit apa yang aku lalui dengan kau, macam mana aku nak kehilangan kau? Kalau kau tak sanggup nak tengok aku sakit, buatlah sesuatu. Aku tahu kau mampu.

Faham, aku faham bukan senang nak lupakan dia. Tapi percayalah, time heals. Kau ambillah banyak mana masa pun, aku tak kesah. Satu hari nanti, bila kau rasa kau dah dapat move on tanpa dia, insyaAllah aku masih ada.

Aku tahu aku tak secantik dia, jauh sekali sebaik dia.

Kau takkan faham rasa hati aku kan. Aku lebih rela rasa sakit tunggu kau daripada aku harus kehilangan kau. Aku takkan penat. Sakit boleh sembuh, tapi kalau kehilangan, aku takut takde ganti.
Semoga suatu hari nanti kau faham siapa kau dalam hidup aku.

Pergi mampus apa orang nak cakap, takkan ada yang faham apa yang aku rasa kecuali Tuhan yang mengetahui.

Maafkan aku.. Hanya mampu berserah, moga cahaya tiba nanti..

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah :)


"Satu Muharram detik permulaan, perkiraan Tahun Islam Hijrah.. Perpindahan nabi dan umat Islam, dari Kota Makkah ke Kota Madinah.."
- Satu Muharram

Peace be upon you :)

Seronok betul bila ade banyak cuti ni. Tapi nanti mula la lecturer pun seronok nak kejar syllabus, haa mau menggagau students nak kena catch up, kan.. Hmm -.-

Polis? Hee terima kasih pengalaman. Cuak tak cuak la, tapi kita kena cool selalu, jgn gelabah bebeh. Haha :P Kepala otak kau der, nasib baik selamat tau. Kalau tak, mati aku. Serius aku akan ingat sampai mati =='

Oh ya, selamat tahun baru Islam, wahai saudara-saudara Islamku. Semoga sentiasa berada dalam redha Allah. InsyaAllah :)


awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, November 20, 2011

The half way to the end.

"Kurniakanlah kepadaku ketabahan, singkapkanku hikmah segala ketentuan."
Setiap Kali by Devotees

Assalamualaikum.

:)

Esok dah start semester baru. Kelas pun dah mula la tu ready nak menyibukkan diri kat aku. Cepat gila! (aicehhh tak sedar diri la tu dah cuti lama, tuiii) . By the way, sekarang dah pukul 4.30 petang tapi aku still kat rumah mama, tak pack barang nak pegi rumah sewa lagi. I just don't have the heart to do so, rasa malas sangat ni. Serious. Nak mintak pelempang sikit boleh?

Okay, sem 4 ni semua subjek membaca, harap maklum, which is sooo not my taste, jauh sekali my passion. Pfft! Come on Yaya, you can do it! You can do it!

So this is the second half of my diploma period la kan. So it must be more challenging, tougher and harder kan. So from now on, you must be mentally and physically well prepared la kan Yaya. So you should be more hardworking and should not daydreaming lagi la kan Yaya. So, you need to be stronger to face any problems and any tests that Allah gives you tau Yaya. And so, all the best to you, Yaya. Oh, and also to my colleagues, lets continue our journey! Woho!

"Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan." Kann?
InsyaAllah, amiiinn ~! Kena beli kismis banyak-banyak la ni Yaya.. Heee :D


P/S : Macam terbau-bau Axe warna purple, I must probably miss somebody. LOL -.-

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, November 18, 2011

Setiap kali.


Itulah kau Yaya, bila sakit baru nak ingat Tuhan -.-

awak tolong LIKE ya ? :)

Aku manusia biasa.



"My brain says get over him he's not worth it, but my heart says don't give up now, this is just the beginning."
- unknown

Assalamualaikum.

Aku cukup faham. Aku tak perlukan kau untuk berjanji apa-apa. Aku tahu jika janji tak tertunai, jatuh munafik pada diri sendiri.

Aku cukup sedar keadaan kita terlalu complicated. Tak pernah mudah, kan? :)

Jangan pernah salahkan takdir yang lambat menemukan kita, terima ia seadanya. Perjalanan kita masih terlalu jauh. Pasti ada sesuatu di sebalik semua ini.

Biar DIA tentukan segala.
Aku sedia terima apa sahaja.
Aku tahu kata Tuhan itu selalu akan jadi yang terbaik buat kita.

Banyak.
Memang banyak sebenarnya yang tak termuntah pada kau.
Aku taip, kemudian aku backspace semula.
Aku tekan, aku delete lagi.
Sebab aku sedar, nanti memakan diri sendiri.
Tahan Yaya, tahan selagi mampu, tahan selagi belum tiba waktu.
Aku kuatkan diri sendiri.
Dan aku senyum mencari cara untuk mencipta bahagia diri.


Tak ternilai sebuah kenangan dan kebahagiaan yang kita miliki dengan sesuatu apa pun. Semua, tak terkecuali seorang pun mengharapkan ia kekal menjadi milik kita sehingga terkadang terlupa sebenarnya ia hanya sebuah pinjaman daripada DIA yang mencipta. Hmm =='

Hargai setiap apa yang masih menjadi milik kita sekarang, sebelum kita menyesal bila tiba waktu kita tersedar kepentingannya hanya selepas kehilangannya.

"Hopeful thinking can get you out of your fear zone and into your appreciation zone."


(Pandangan kabur)
Menangis dalam hati itu lebih pedih sebenarnya, kan?
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, November 16, 2011

Would you please stay in my heart?



14 November 2011 ; Jam 1745 - 15 November 2011 ; Jam 0630

Akan tersimpan kemas dalam ingatan.

Aku ingin mencipta lebih banyak kenangan dan memori.
Boleh tak?
Terima kasih untuk semuanya.
:)



I'll never forgot that smile on your face.
I just.... just... ah, let me keep it all alone ;)

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, November 8, 2011

Why am I so afraid to lose you when you're not even mine?


"Jika denganmu kabur, ku tak mahu yang jelas. Jika denganmu hanyut, biarlah aku lemas."
- Berdua Bersatu by Forteen


Peace be upon you.

Why am I so afraid to lose you when you're not even mine?

Aku dapat ayat ni daripada FB twinto. *Pinjam ea sayang.. :)
Aku baca dan aku terdiam. Kelakar. Kenapa betul sangat ayat ni? Kenapa fakta sangat?

Jawapannya satu, sebab aku jatuh sayang.

Kadang-kadang aku pun ada terfikir, macam mana laa life aku satu bulan dari sekarang? Tahun depan macam mana? Enam tahun lagi macam mana? Esok?

Jawapannya pun satu, tak tahu.

Keadaan semakin rumit. Bukan macam kunyit, tapi macam tumit. Eh macam takde kena-mengena kan. Aku lempang kau, Yaya. *pengsan

Tuhan.. Tolong beri aku kekuatan.. Tolong beri aku bayang-bayang apa itu yg terbaik untuk hidupku Tuhan..

Persoalan hati dan perasaan aku tak pernah mudah seperti ABC atau 123.
Kebahagiaan itu tak pernah sekalipun begitu mudah untuk aku genggamkan sehingga lenguh tangan ini mengetatkan buku lima lama-lama.
Selalu saja ia terlerai sendiri tanpa sempat aku berasa lelah dengannya.

Tapi aku bersyukur. Walau begitu rumit pun, aku masih mampu tersenyum. Indahnya dunia ciptaan Tuhan ni, tak dapat aku nafikan. Walapun aku punya seribu alasan untuk menangis, aku masih dihadiahkan sepuluh ribu sebab untuk tersenyum.

Memang aku takut kehilangan. Tapi kehilangan tu sesuatu yang pasti, kan. Oh, aku bukan takut, aku cuma tak pernah bersedia. Tapi dia... Dia buatkan aku berfikir sejenak tentang kehilangan.. Yang mana akhirnya aku perlu akui yang aku harus bersedia dengan apa saja kemungkinan yang mungkin saja terjadi.

Dari hari ke hari, aku semakin bersedia walau rasa sayang itu semakin bertambah. Mata semakin celik walau sebenarnya hati ini semakin lena. Aku tak mahu fikirkan apa-apa. Aku cuma mahu nikmati setiap saat yang masih menjadi milik aku bersama dia, sebelum tiba waktu aku harus merelakan pemergian dia. Aku perlu hargai itu sepenuhnya.

Saat itu nanti, kalau dengan perpisahan adalah yang terbaik di antara kami, aku sudah bersedia. Walau perit tetap akan aku telan. Walau berduri tetap akan aku tempuh.

Sebabnya satu, perjalanan hidup aku masih jauh.



Gajah, walau sayang mana pun aku terhadap kau, aku janji aku akan kuat kalau aku harus kehilangan kau. Kau jangan risaukan aku tau. Nah senyum :)


Aku tak mampu tipu,
walaupun aku bersedia,
tapi hati kecilku tetap mengharapkan
kita tak perlu berpisah.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, November 4, 2011

Apalah ertinya ini kalau aku bersendiri?

Peace be upon you.

Rezeki Tuhan nak bagi, tiada siapa yang mampu menjangka.
Nikmat Dia minta kembali, tiada siapa yang dapat menghalang.

Syukur alhamdulillah, that's all I can say.

Kegembiraan ni tak sama dengan yang lepas, sungguh tak sama. Mana boleh aku gembira kalau aku berseorang. Mana boleh aku tertawa, aku bersendiri. Kegembiraan ini tawar tanpa perisa. Hm

Mungkin bukan rezeki kita melangkah bersama kali ini. InsyaAllah, kita sama-sama letakkan usaha lebih untuk setiap langkah kita pada masa akan datang, ya? Semoga Tuhan memberkati, semoga kegembiraan dan kejayaan milik kita bersama.

Apa pun, tahniah kerana kita masih berpeluang meneruskan perjuangan yang masih jauh. Alhamdulillah. Saya terlalu sayangkan sahabat saya!

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, October 27, 2011

Kecelaruan akal dan fikiran menghalang sebuah senyuman.


Peace be upon you.

Blog ni sangat aku perlukan bila tiba waktu-waktu begini. Di mana aku terasa ingin meluahkan tapi tak ingin bercakap kerana tidak punya kekuatan pun untuk bersuara. Hanya mampu menarikan jari-jemari kecil montel ini supaya memuntahkan semua yang ada di hati. Teruslah menari mengikut rentak hati wahai jari-jemariku.

Terima kasih "The Voice of My Heart".

Sesuai dengan tajuk blog aku sendiri, memang semua yang aku muntahkan kat blog ni semuanya lahir dari hati. Jangan ditanya berapa lama ia terkandung di hati, cukuplah aku melahirkan beberapa ratus kata-kata hati. Terkadang aku simpan lama baru aku melahirkan. Terkadang aku kandung sekejap, terus aku melahirkan. Faham ke tak ni? -.-

Tahu, tak semua kisah hidup kita boleh kongsikan dengan dunia luar, kan? Nanti mungkin memakan diri sendiri. Hmm. Setiap yang ada dalam blog ni bukanlah seratus peratus kehidupan aku, ia hanya sebahagian. Yang mana aku rasa nak kongsi, aku kongsikan. Yang mana aku rasa nak beritahu, aku beritahukan. Yang mana aku rasa nak jerit, aku jeritkan. Yang mana aku rasa nak diamkan, sampai sekarang masih terdiam dalam hati.

Dan kita tak boleh expect semua orang akan suka apa yang kita lakukan. Kita kan manusia biasa, tidak pernah sempurna. Mungkin saja ada yang mencaci maki aku di belakang. Mungkin saja ada yang membenci. Mungkin ada yang memuji, mungkin juga ada yang memuji sambil memaki. Biasalah dunia, tiada yang mustahil pun.

Sebenarnya saat ini jari-jemariku menari tanpa arah tuju. Terlalu banyak yang hati ini bebelkan sampaikan jari ini takdapat terima isyarat hati dengan jelas. Kalau saja dia boleh bercakap, pasti aku sudah dimakihamun "dey cha, nak aku taip yang mana satu ni?".

Har har har.

Pagi hari begini sepatutnya aku gembira. Tapi entah kenapa semua senyuman lenyap dari bibir. Seolah mulut ini kejang untuk membentuk satu lekuk senyuman. Seolah semua orang aku nak marahkan.

Apa nak jadi dengan diri sendiri aku pun taktahu. Tadi mama suruh pegi pasar pun aku rasa nak marah. Faham tak macam mana rasanya bila aku tengah takde mood nak buat apa-apa (melainkan biarkan jari-jari ini menari di atas keyboard laptop) , tiba-tiba disuruh pegi pasar? Hadui. Kesian mama, tak pasal-pasal aku tayangkan muka macam nak minta penampar dekat dia. Hati ini protes taknak pergi, tapi badan terpaksa bergerak pergi, macam tu la jadinya. Damn.

What is worse, mama suro beli ayam, sotong dengan ikan cencaru. Ikan cencaru? Pergh. Takbole terima akal betul la. Mulut nak bertanya, tapi ego mengatasi. Last-last aku diamkan je, terus naik kereta. Dalam hati kata, lantaklah ikan apa pun aku amik. -_______-

Nak tanya kat orang pasar tu, serius aku malu. Harhar. Stupid me. Ikan cencaru pun tak kenal. Stupid. Serius stupid. Aku pusing satu pasar cari kedai ikan yang ada labelkan nama ikan. Hmm jumpa pun akhirnya. Ufhhh. Tapi dia tulis 'caru' je, sama tak ea dengan cencaru? Sama kan?
-_______________________-'

Ok lah, nak pergi masak ni. Harapnya masakan aku hari ni ada kasih sayang. Byebye.



"Yaya, this is exactly how you look when you get mad. So, please smile."


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, October 25, 2011

Hidup ini kelakar, bukan?


"Atas nama cinta, yang Allah janjikan secebis daripada cintaNya.. Tak salah kalau kita yakinkan hati dan turut katanya.. Mungkin ada luka, mungkin ada sakit.. Tapi itu juga kan daripada Allah? Kalau Dia hanya bagi gembira, kita takkan hargai apa yang kita ada..Percayalah pada hati.."
- Bikash Nur Idris


Peace be upon you.

HAHAHAHA (ambil mood kelakar sesuai dengan tajuk di atas, please)

Hidup ini memang kelakar. Terkadang bila imbas kembali hidup zaman muda dulu, boleh buat kita senyum sendiri. Betullah kata orang, kenangan pahit bila diingat kembali, boleh buat kita tergelak. Kenangan manis bila kita ingat semula boleh buat kita menangis. :)

Hidup ini kelakar. Kadang-kadang kita tersepit dengan sebuah kehidupan. Macam ditelan mati mak diluah mati bapak. Complicated-nya hidup sampai ada suatu masa rasa macam nak lari daripada dunia penuh tipu daya ni. Tapi, kita masih hidup hari ni dengan senyuman dan tangisan yang silih berganti. Kelakar, tapi tak mampu ketawa sebab pahitnya lebih terasa. Kalau senyum pun, terpaksalah paksa, kan.

Kelakarnya hidup ini. Apa yang kita nak, kadang-kadang berlalu pergi macam tu je. Sebaliknya yang paling kita taknak tu lah yang datang bergolek depan mata. Macam aku, yang paling aku taknak dan takpernah nak buat, sekarang terjadi. Apa lagi yang aku boleh buat selain ikut kata takdir? Terus bersabar dan ikut rentak kehidupan ni. Itu saja. Apa yang aku mampu cuma harapkan yang terbaik untuk kehidupan aku, dan dia. Kelakar kan?

Satu saat kita boleh ketawa sampai nak pecah perut. Satu saat yang lain kita boleh menangis tersedu-sedu. Tawa dan tangis ibaratkan cuma ada satu garisan pemisah yang sangat halus. Kelakar betul, dua benda itu macam satu kontra yang sangat berkawan baik. Peliknya mainan perasaan, kan.

Semua jenis manusia yang punya pelbagai ragam dan cara pun kadang-kadang boleh sependapat dengan hal yang satu itu. Cinta. Jangan bilang benci, nanti cinta. Jangan terlalu cinta, nanti benci. Fakta, kan? Sebab tu la kot dalam semua hal, kita dituntut untuk bersederhana. Bukan senang nak jadi kuat, tapi kekuatan tu senang sangat nak luntur, macam kena bleach, habis gitu je.

Kelakar bila terfikir tak semua yang kita inginkan akan menjadi milik kita. Some things just weren't meant to be. Yelah, faham sangat. Kalau dah memang tak ditakdirkan, nak buat macam mana kan. Terpaksa la terima je, perhaps something better is waiting for us in the future. InsyaAllah..

Whatever it is, we just need to pray for the best. Amiiinn.. Semoga bahagia itu nanti akan menjadi milik kita semua..



I don't need someone who is perfect.
I just need one who can love me perfectly
not only at my best,
but also at my worst.

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, October 23, 2011

Rindu sampai termimpi-mimpi ;)

Peace be upon you.

Malam tadi mimpi kawan-kawan saya. Kami bergelak ketawa bersama.
HAHA
Nie mesti kes rindu yang dah memberat.
Haihhhhh =='

Kawan-kawan, aku cukup rindu nak jadi famous bila lepak dengan korang. Harhar. Aku tahu bile kita start bercerita, kita tak ingat dunia sekeliling kan. Macam la dunia ni kita yang punya. Tu yang paling best tu. HAHAHAHA :P

Hope to meet ALL of you soon. Gila rindu okay!

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, October 17, 2011

Amishu already -.-

Peace be upon you.

Aduh.
Kalau sebelum ni rasa macam cepat sangat waktu berlalu, kenapa sekarang rasa macam lambat sangat la pulak? Mengalahkan lambat siput b**i. Heeee :D

Cepatlah seminggu berlalu, cepatlahh pleaseeeee...
-________-

Doe, kau tahu tak, apa yang aku gelakkan dengan kau pagi tadi kann, bila aku ingat, aku gelak balik. Pastu aku cerita kat adik-adik tau. Haha. So sweeeeeeeettttt! Hahaha :P
# To be honest, masa aku tgh menaip nie pun aku tengah tersengih sorang-sorang -.- Haha
BoboiBoyyyy! ;)

Ehemmmmm!
Hmmmm.. Jaga diri tu elok-elok, pentol.. Jangan patah semangat tau! Kau mesti bolehh punya..
Aku tengok kalendar, 23 jauh lagi, aku mengeluh lagi. Nie mesti sebab pentol kau dah terjangkit kat aku. Heee :D

Aku lupa la tauuu, sebenarnya ingatkan nak amik pic sama-sama tadi.. Terlupa pulak.. Haihh..
Oh yeah, btw, thankyou for today!

Amishuuu ♥

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, October 13, 2011

Dengan ini, mahkamah hati memutuskan pesalah disabit hukuman pergi selamanya!


"Awak ni pengecutlah tau, awak selalu lari dari masalah. Hehe. Takpelah, at least awak dah senangkan kerja saya. Terima kasih. Kenyit mata sikit ;) " - NurulHidayahKhairudin


Peace be upon you.

Thank you for leaving me again, young man. I appreciate it for real. You make things easier, yes, you really do.

I hope you won't come again, I've erased your place in my heart. It's gone, forever. Glad to say that I've moved on :)

Aku nak tekankan sekali lagi, aku sudah melepaskan kau pergi, kali ini betul-betul aku lepaskan. Bukan mcm dulu lagi, aku cakap aku biarkan kau pergi tapi aku masih menanti. TIDAK. Aku betul-betul memaksudkannya kali ini.

Jangan risau, aku takde simpan apa-apa dalam hati. Semua yang berlaku selama ni, semuanya aku anggap pengalaman dan kenangan. Terima kasih sbb bagi aku pengalaman yang cukup berharga ni. Nanti bila aku tua, bolehlah cerita kat anak-anak dan cucu-cicit aku macam mana bodohnya aku kerana cinta. Hehe

It's really funny to think how I've been fooled all this while. Aku tak menyesal, sikit pun tak menyesal. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya kan? Haruslah aku teruskan hidup :)

By the way, kau pun mesti tahu kan, aku ni seorang perempuan yg kuat :P Aku dah cukup kuat untuk lalui semua ni, kan kau jugak yg buat aku jadi kuat. Kau bagi aku macam-macam rasa, sampai akhirnya aku jadi kuat macam ni. Thank you. Thank you so much. :)

Okay lah, hilang sikit beban kat bahu aku. Lepas ni takpayah la update entry pasal kau lagi kan. Heee :D

Semoga kau berbahagia di sana. Aku di sini, dah cukup bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, October 10, 2011

What we call 'LIFE'.



"I've learned that things change, people change, and it doesn't mean you forget the past or try to cover it up. It simply means that you move on and treasure the memories. Letting go doesn't mean giving up, it means accepting that some things weren't meant to be."
- by Lisa Brooks


# Never regret something that made you smile. I don't and will never be :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, October 8, 2011

Baguslah aku jadi macam orang dungu tunggu respon. Susah sangat ke untuk seorang lelaki berterus-terang? Cakap je la apa yang sejujurnya, takpayah nak mendiamkan diri sangat.

Kau tak pernah bosan? Apa maksud statement kau tu? Aku tak faham.

Kalau kau nak aku pergi dari hidup kau, bagitau la. Takpayah buat macam aku nie takde perasaan sangat. Aku bukannya nujum pak belalang yang boleh tahu apa yang kau nak. Janganlah buat aku rasa macam aku tak berguna.

And even kalau kau perlukan aku sekalipun, kalaulah kan, let me know. Aku masih seorang perempuan yang ada hati, yang ada jiwa dan perasaan. Aku belum bertukar jadi makhluk asing lagi.

Sepanjang hidup aku, aku cukup penat menunggu. Kau janganlah tambah penat aku lagi. Tolonglah :'(

Tapi kalau kau rasa mendiamkan diri tu cara paling bagus, terpulanglah. Buatlah apa yang kau rasa baik untuk diri kau. Takperlu fikirkan aku. Aku kan kuat. Hmm

Sudahlah air mata, berhentilah mengalir, takpayah nak gedik sangat. Tolonglah faham aku.

awak tolong LIKE ya ? :)
Peace be upon you.

Janganlah ini jadi pengakhiran cerita kita.
You just don't understand how much you mean to me, do you?
:'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, October 5, 2011

Tuhan pasti selitkan sesuatu di sebalik hal ini.

Assalamualaikum.

Untuk kesekian kalinya ingin aku katakan, aku tahu Allah tak akan menguji hambaNya jika dia tidak mampu mengatasi ujian itu.

There is always a reason behind everything that happens.

Tolong kuat, sahabat. Kita perlu tabah untuk lalui semua ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Amiiin :'(

Sesuatu yang dah terjadi takkan dapat diubah, tetapi kita perlu berusaha untuk menyelesaikannya. Jangan berputus asa. Kena kuat! Kuat kuat!
-_______________-'

Tuhan... Tolong berikan kami ilham bagaimana harus kami lakukan untuk selesaikan masalah ini!

awak tolong LIKE ya ? :)

You, Yes You.

"I miss the grinding concrete where we sat past 8 or 9" - There Is by Box Car Racer

Peace be upon you.

You, yes you.
I'll never know what's inside your heart or mind.
All I know is,
The thing between us is too complicated.

I wonder.
I wonder how long will you be my 'friend'?
For I feel like losing you lately.

I admit,
I'm afraid of losing you.
Because you are something in my life.
Nevertheless,
I still need to hold the fact
that you are like impossible to be mine.

And I laugh at my fault.
The fault you asked me to avoid, long time ago.

Am I that stupid?

HUH!
Life is so tiring.
And I feel like crying.
-________-

You, yes you.
I will wait for what you're going to tell me.
Four days left, right?
Another four days to reveal everything. Hmm

I don't know why, but my mind tells me that you're going to talk about something that might hurt.
Thank you for giving me ample time to be prepared for it.
I won't leave you unless you told me so.
One thing for sure,
I will be missing everything about you and I.
I will be missing you.

M**,
Selagi waktu itu belum tiba,
Aku masih berharap apa yang akan kau katakan nanti
bukan sesuatu yang menyakitkan.
Walaupun hakikat itu seperti semakin terang di mata,
aku tak ingin percaya selagi belum tiba waktu itu.
Aku cuma ingin tetap menjadi kawan kau seperti biasa.
Itu sudah lebih dari cukup.
Aku tunggu.

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, October 1, 2011

Oktober Datang Lagi.

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku, kau hantar pesanan suruh aku terima kamu, Oh oh hatiku rasa sesuatu.." - Cinta Muka Buku by NajwaLatif


Assalamualaikum.

Oktober.

Bulan ini bulan Oktober.
Bulan di mana aku mula menjadi ceria luar biasa
Hati aku berbunga
Tapi itu dulu
Pada 20102010 yang lalu.

Mimpi aku
Semuanya seperti jauh untuk aku capai
Impian aku seperti Gunung Everest
Yang ditindihkan dengan satu gunung tinggi yang lain
Tingginya kuasa infiniti

Aku perempuan
Walau nampak kuat tetap lemah
Walau nampak tegar tetap rapuh
Aku hanya boleh pandang jauh impian di puncak itu
Kerana kini aku seorang
Tidak mampu meneruskan perjalanan mendaki tanpa teman

Hampir suku perjalanan aku, kau pimpinkan aku
Walau letih, aku masih punya daya
Tapi itu dulu
Sekarang, hakikatnya kau biarkan aku
Keseorangan.
Kau tarik semua kekuatan aku.

Tak mengapa, aku tidak marah
Sedikitpun tidak.
"Aku kan kuat"-ayatmotivasidiri
Pergilah, aku mampu berseorang.

Lama aku terhenti di suku perjalanan itu.
Merenung jauh apa yang perlu aku lakukan.
Mengingat kembali segala kenangan kau dan aku.
Mengimbau setiap garis senyuman aku yang kau ukirkan.
Mengimbas semula semua kesakitan yang aku rasakan.

Akhirnya
Aku putuskan untuk turun semula
Aku fikirkan mudah, tapi amat payah
Tak terkira berapa kali aku jatuh tergelincir
Tak terbilang berapa kali kaki aku melecet
Hati ini apatah lagi

Di tengah perjalanan menuju ke kaki gunung impian,
Aku temukan seseorang
Dia sudi jadi kawan aku
Dia hulur tangan bantu aku untuk terus turun
Walaupun sakit,
Tapi aku yakin bahagia ada di sana
Di bawah nanti.

Dia bawa senyuman aku kembali.
Dia hadiahkan aku satu kekuatan dalam hari-hari.
Dia hampir pulihkan semangat aku yang hilang yang kau curi.

Tetapi sayangnya,
Aku terlambat temukan dia
Dia sudah ada yang punya

Berpegang pada hakikat itu,
Aku ajarkan hati aku supaya kuat dan terus kuat lagi
"Yaya kan kuat."
"Yaya kan kuat."
"Yaya kan kuat."

Biarlah aku terus jalani kehidupan aku seperti sekarang
Aku masih mampu tersenyum seikhlasnya
Aku masih punya modal untuk terus bergelak ketawa

Biar apa orang nak kata
Manusia memang tiada yang sempurna
Banyak cacat cela
Tapi tak semestinya kita perlu benci dia kerana cacat dia, bukan?

Yang pasti hidup aku sekarang semakin membaik
Kerana dia ada temani aku
Terima kasih, teman.

Gunung impianku,
Kau terlalu tinggi untuk aku daki.
Kau terlalu beronak duri untuk aku tempuhi
Aku takut.
Aku takut jika aku terus mendaki, di puncak itu tiada yang aku ingini.
Biar aku di bawah, mencari sesuatu yang seindah pelangi.
Biar aku palingkan diri ini daripada gunung impian,
Biar aku teruskan perjalanan ini.

Tahu,
Yang indah itu memang tidak semuanya akan kita miliki
Hakikat itu juga aku dakap erat
Dan aku serahkan semuanya pada kuasa tangan Yang Satu itu.

*****
Aku punya satu rangkap kata-kata hati
yang tak mampu aku muntahkan.
Tak mengapa.
Aku akan simpan,
sehingga tiba waktunya.

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, September 26, 2011

Tolong pergi jauh rasa kecewa ini :(

Assalamualaikum.

Hampa dan kecewa. Sumpah aku kecewa dengan diri sendiri.

Aku menjawab macam aku takpernah belajar. Ustaz kata baca kehendak soalan betul-betul. Aku tahu. Aku faham dia nak apa. Cuma aku yang tak mampu beri.

Serius soalan dia sebenarnya sangat senang. Aku bukannya tak pernah baca, semua tu aku dah baca, tapi aku lupa. Daya ingatan aku lemah. Bole tolong bantu aku? =='



ARGHH!



Takutnya :(

Aku sangat dan teramat kecewa dengan diri sendiri.
Hmmmmm.

Tuhan, aku dah cuba semampu-mampunya aku, tolong bantu aku...
:(

# Tolong jangan tanya aku pasal exam ekonomi islam, nanti mood aku lari jauhhhhhhhhhhh

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, September 24, 2011

Senyumlah Ahaii Cek Mek Molek :)

"Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyum awak mesti senyum sekali." -Senyum by Malique ft. Najwa

Peace be upon you.

:)

Lihatlah senyuman itu, indah bukan? Walaupun ia hanya satu lekuk yang disebabkan oleh satu garisan lurus, ia mampu menenangkan hati siapa-siapa yang melihat.

Bukan senyum sinis.
Bukan senyum palsu.
Tapi senyum ikhlas yang datang dari hati yang tulus mulus suci bersih dan murni.
:)

Hidup ini memang punya pelbagai dugaan. Tak ada siapa pun yang boleh lari daripada dikejar masalah duniawi. Tak ada siapa. Not a thing. Not anyone.

Tetaplah tersenyum, nanti hati sedikit sebanyak akan turut ikut tersenyum. Percayalah, tolong percaya :D

Tak salah untuk menangis, memang tak salah. Kadangkala kita memang perlu menangis untuk lepaskan semua yang terbeban. Menangislah sepuas hati sekali itu, dan berhenti. Biarkan hari-hari yang lain diisi dengan senyuman comel kita pula :)

"Mengerutkan muka ataupun memasamkan muka menggunakan otot muka yang lebih berbanding senyum."

Fakta itu aku pernah terbaca. Ingin kelihatan muda sepertiku? Silalah senyum. Hahahaha :P
#Okay, sila muntah

Motif entry : Sedapkan hati sendiri yang sedang serabut menghadapi peperiksaan akhir semester. Doakan kejayaan saya ye. Semoga kita sama-sama berjaya. Go baby, go! Haha :P



* Semoga sebuah senyuman hari ini
bakal membawa kebahagiaan yang kekal berpanjangan
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, September 16, 2011

Kau sahabat yang semakin menjauh, aku rindu.

"Kubiarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala keresahan di jiwa, tak pernah ku ingini." - Sahabat Sejati by UNIC

Peace be upon you.

Lewat waktu ini, kau pergi semakin jauh. Jauh dan jauh. Seperti tidak akan kembali lagi.
Kau hampir, seharusnya kau sangat dekat, tapi mengapa tidak?

Dulu dan sekarang terlalu jauh bezanya. Boleh dikira dengan jari montel ini berapa kali sangatlah kita duduk bersama berbual-bual sehingga lewat pagi, sehingga sakit tekak letih bergelak ketawa. Itu semua sudah tidak lagi menjadi kebiasaan aku, sehingga suatu masa itu aku terasa ada kejanggalan antara kita. Sedihnya rasa itu. Kenapa itu terjadi, sayang?

Mereka melihat dan mereka bercakap. Mereka kata aku pasti sedih dengan apa yang terjadi. Aku hanya mampu tersenyum. Seperti ini :|
Yelah, apa lagi yang mampu aku katakan selain tersenyum, bukan? Aku kehilangan kau sebelum tiba waktunya, sayang. Katalah walau apa pun, katakanlah kau tetap di sini, masih tetap sayangkan aku. Aku tahu ia semua benar. Tapi hakikat tetap menyakiti aku, aku sudah kehilangan kau sebelum tiba waktunya.

Aku doakan yang terbaik untuk kau.

Sayang, ada satu persoalan yang sangat besar yang membebani fikiran aku, sebenarnya. Tapi aku tak mampu untuk luahkan. Aku takut dengan jawapan yang akan kau berikan nanti. Takut kalau-kalau jawapan itu akan menyakiti aku, mereka dan paling penting, memakan diri kau sendiri.

Entahlah.

Kau tidak lagi menjadi orang yang tahu tentang setiap inci kisah hidup aku, seperti dulu. Dan aku juga telah jauh tertinggal tentang kisah hidup kau. Suka duka kau, tawa dan tangis kau, tak lagi aku rasakan.

Kau sudah ada kehidupan sendiri, bersama mereka, bakal masa hadapan kau. Tidak lagi bersama kami. Aku sudah faham itu, terlalu faham. Ibu dulu tanggungjawabkan aku untuk menjaga kau, tapi aku tidak mampu menjaga kau sepertimana dia. Aku tak mampu pegang amanah ibu itu. Aku harap dia yang terbaik yang akan menjaga kau. Aku taksuka tengok kau bermasam muka kerana dia menyakiti kau, sebab aku akan turut berasa sakit.

Semoga kau berjaya di dunia dan akhirat, sahabat.


Sometimes the most horrible part in our lives is when the person who used to be too close to us is not anymore be the one
Tahukah kau betapa aku rindu waktu-waktu seperti ini?
:(

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, September 13, 2011

Takut.

Assalamualaikum.

Aku dan kawan-kawan rasa cukup insecure sekarang nie.

Tuhan, tolong lindungi kami, Tuhan.
Jauhkan kami daripada apa-apa kecelakaan dan kesulitan.
Hanya padaMu kami berserah dan bertawakal.
Amiiin.
-.-

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, September 7, 2011

Nak lagi boleh? :)

Assalamualaikum.

6 September 2011.
Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Aku rindu desir ombak yang damai itu.
Aku rindu bunyi air laut yang sangat menenangkan itu.
Aku rindu bintang berjuta yang berkelip itu.
Suasana begitu sangat indah.


Aku rindu semuanya.

awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, September 6, 2011

Suatu pagi di highway itu.

Assalamualaikum.

Waktu itu jam 7 pagi lebih, tarikh itu 3 September 2011.

Perjalanan kami sangat jauh dan meletihkan.
Masa tu, aku mengantuk dan penat.
Tahu, dah banyak kali dipesan dekat TV dan radio, jangan memandu ketika mengantuk.
Aku bukan degil, tidaklah KOT :D
Aku cuma kasihankan si kakak yang letih.
Sudah aku niatkan dalam hati, aku akan berhenti sekiranya berjumpa dengan R&R.

Tapi belum sempat aku jumpa, kereta yang aku pandu sudahpun tergesel dengan divider highway.
Di Pedas Linggi kalau tak silap. Entahlah.
Terkejut. Haha aku memang terkejut.
Terus kakak aku yang pandu pulang sehingga selamat sampai ke rumah.
Untung sahaja kereta masih boleh berfungsi.
Untunglah tidak merempuh terus divider itu.
Seramnya =='

Alhamdulillah kami selamat tiba dengan selamat.
Mama ayah, maaf atas kecuaian itu.
Tak pasal-pasal je kena buang wang ringgit untuk repair itu kan -.-

Terima kasih kerana kalian sangat cool. Sedikit pun tidak marah kepada saya, bukan.
Ayah cool je tanya saya"are you okay?"
Saya sayang ayah.
Saya sayang mama.
Sangat-sangat!

Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh orang yang sangat cool dan tidak gelabah.
Ia sangat membantu saya.
Heeeee.
Iloveyou! ♥

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, September 1, 2011

Bakal lelaki masa depan...


Assalamualaikum :)
Entry kali nie macam ada bau-bau gatal sikit. Harap maklong :P

Ehem.. Lama betul aku tak jumpa Tokbah dengan Tokma tau. Raya nie la baru ada chance nak jumpa. Memang lama betul la. Aicehhh, mcm busy sangat je aku nie an. Hampeh betul
-.-

Bila aku tengok diorang, tiba-tiba macam ada satu perasaan yang terselit dalam hati nie. Fikir aku, "Seronoknya bila tua macam nie. Masih ada yang sayang, ada yang jaga."

Aku masih single. * Eh pentol, statement apa nie? Haha. Serius laa..

Ya, aku masih single. Hidup aku pun still jauh lagi nak pergi, kalau panjang umur. Sebenarnya aku terberangan tadi. Ataupun lebih tepat lagi terfikir dan terbayang macam mana hidup aku berpuluh tahun lagi..

Aku sekarang taklah rasa kekurangan kasih sayang. Syukur aku ada ramai yang sayangkan diri nie. Paling penting mama dengan ayah lah. Kasih sayang diorang kan sangat berbeza daripada siapa pun. Kan? :)

Nanti aku akan ada seorang suami. Nantilah, bukan masa terdekat nie. Hee. Tahu tak, kalau ditakdirkan aku ada boyfriend lagi, aku nak buat dia jadi suami terus. Haha boleh tak macam tue? Kalau aku tak ada boyfriend lagi bagus, nanti bakal suami terus datang rumah minta nak kahwin dengan saya, ok tak bakal suami yang saya taktahu siapa lagi? :)

I am not being over-mature at this age of mine. Aku cuma penat untuk bermain-main lagi.

Nanti bila bakal lelaki masa depan aku cakap "Sudi tak awak jadi mama yang sabar melayan telatah anak-anak saya? Jadi seorang wanita yang tidak lelah menjaga saya sehingga akhir hayat saya?" , aku akan terus pasang niat. Eh adalahh niat dia, mana bole bagitau :P
* Bakal lelaki masa depan, kalau nak propose saya, awak cakaplah sweet-sweet dengan saya tau. Contoh ayat ada kat atas. Hahahahaha, kidding :D

Seorang wanita itu sangat mudah sebenarnya untuk mencium bau syurga. Dan tersangatlah mudah juga untuk menjejaki neraka. Hmm.. Salah satu cara untuk cium bau syurga ialah dengan mentaati suami. Kan?

Aku kan, tidaklah berjanji, cuma akan cuba sedaya upaya untuk buat yang satu itu. Taat pada lelaki masa depan aku. Hidup pasti bahagia, kan?

Bakal suami saya, awak nanti janganlah penat melayan kerenah saya yang bermacam-macam nie. Tau? Awak janganlah cepat sentap kalau saya bergurau. Tau? Saya percaya awak mesti boleh jaga saya dengan baik sampai saya mati, kan?

Nanti setiap kali saya ingin melahirkan, saya nak awak sentiasa ada di sisi saya. Teman saya tau?
Nanti bila kita ada anak-anak, saya nak kita sama-sama didik diorang dengan elok tau. Kita kena tabah dan sabar. Bukan mudah nak didik anak-anak zaman akan datang. Saya nak diorang jadi anak-anak yang soleh, baik, comel, dan yang paling penting, taat pada kita. Saya nak kita jadi kawan baik anak-anak kita yang comel-comel tue. Yang akan sentiasa sayang, prihatin dan ambil berat terhadap mereka. Saya taknak nanti bila kita mati, saya ataupun awak kena seksa dalam kubur sebab anak-anak kita. InsyaAllah. Kita sama-sama doa supaya Tuhan permudahkan, ya awak?

Bakal peneman hidup saya sampai mati.. Nanti bila saya dah tua, saya dah tak mampu nak hiaskan muka saya cantik-cantik untuk awak. Sekarang pun belum tentu saya cantik, apa lagi masa tua nanti. Apa yang saya mampu hiaskan untuk awak cuma hati yang sekeping nie. Hati ini akan sentiasa cintakan awak dan anak-anak kita. Saya janji itu, dengan izin Tuhan.

Awak, saya bukan nak demand lebih, tapi boleh kan kalau awak berusaha lebih untuk keluarga kita? Saya pasti kehidupan kita pada waktu mendatang nanti akan sangat sukar. Bukan mudah untuk cari sesuap nasi nanti. Awak janganlah risau, saya pasti akan bantu awak sedaya mampu saya. Boleh kan? Demi kita dan anak-anak juga..

Awak yang belum saya tahu siapa awak.. Terus terang saya cakap, buat masa sekarang, saya belum pandai memasak. Teruk kan? Tapi saya janji, saya akan belajar sedikit demi sedikit. Nanti saya akan pastikan awak rasa air tangan isteri awak nie :)

Nanti bila kita tua, saya harap anak-anak tak lupakan kita. Saya harap anak-anak akan jaga kita elok-elok macam mana kita jaga mereka. Nanti setiap kali kita selesai solat sama-sama, saya nak awak doa itu tau. Semoga Allah merahmati keluarga kita..

Keluarga kita pasti bahagia kan. Nanti bila hari raya, anak-anak balik rumah kita bawak cucu-cucu kita. Meriahnya. Anak-anak, janganlah waktu raya je baru ingat nak balik rumah. Kalau ada masa terluang, bawaklah isteri atau suami dengan anak-anak korang balik rumah mama tau. Kesian mama dengan papa sunyi dekat rumah. Bakal papa kepada anak-anak saya, awak jangan pulak pergi cari orang lain untuk produce anak-anak baru untuk awak kalau anak-anak kita asyik busy memanjang. Saya kan selalu ada untuk awak ;)

Bakal lelaki masa depan saya, kalau ada apa-apa lagi, nanti saya tambah lagi bila tiba waktunya ok? Awak jangan penat dengar saya bercakap tau. Heee :D


Cuba awak tengok, sweet sangat kan?
♥ ♥ ♥
:)


Comelnya aku berangan. Hahahahaha. Okbai :D

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, August 29, 2011

Hey look, I'm talking about love ♥





You don't have to love me as much as I love you,
it's enough if your love comes truly from the bottom of your heart.



I always hope that later on one fine day,
you'll understand what I feel..



And this is fact.
We will never get everything that we want.




Love is too strange.
We will never know when the feeling is going to come
and when it will leave the heart.
Love is blind.
It appears so suddenly regardless the time or the person.
Evil enough, yet so beautiful.


awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, August 27, 2011

S H R ! :')

Assalamualaikum.

Aku tahu aku seorang gadis yang sopan dan santun, tapi tidak sesopan dan sesantun sangat lah. So, memang taklah kalau aku tak pernah memaki hamun atau mencaci atau meninggi suara atau berkata-kata sinis atau apa-apa saja lah kan.

Maka dengan itu, aku bersyukur sebab aku still bernafas lagi dalam bumi Tuhan yang indah walaupun ada banyak cabaran ini. Heee. Terima kasih Tuhan sebab aku still lagi ada peluang untuk memohon ampun dan maaf di atas setiap keterlanjuran kata atau perbuatan yang menyakitkan hati atau jantung atau apa-apa organ dalaman mahupun luaran kamu orang semua. Maaf maaf maaf -.-

Jangan risau, aku tak pernah berdendam. Aku maafkan semua kesalahan yang kau orang pernah buat kat aku. Eh? Tetiba je. Haha =='

By the way, jangan time raya je baru nak minta maaf bagai. Kan kita wajib minta maaf setiap kali kita buat salah. Eh wajib ke? Sukahati aku je an. Tapi itulah yang terbaik kan. So anggap je la wajib. Tuhan suka org yang memaafkan. Tak gitu? :)

SELAMAT HARI RAYA.
JAGA DIRI AWAK SEMUA BAIK-BAIK OKAY.
:)

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, August 21, 2011

Semua tanpa sedar.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, kita sekarang dah berada pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Sedih pula rasa hati ini.

-_____-'

Aku seorang manusia yang rugi. Sangat rugi kot. Bulan mulia ini aku tak manfaatkan sebaik-baiknya. Aku tahu malah aku sedar. Entah kat jalan mana yang aku tersangkut, aku sendiri tak pasti. Rugi, ya memang rugi.

Tuhan.. Masa itu pergi dan berlalu terlalu pantas. Ini salah satu tanda dunia dah nak berakhir kan? Belum sempat aku merasainya, dia sudah pergi meninggalkan aku. Masa dan waktu, dari mana kau belajar berlari dan berjalan tanpa henti? -.-

Pejam dan celik, semester aku sekali lagi dah nak berakhir. Rasa macam baru je beberapa hari lepas aku post entry ucapkan selamat menduduki peperiksaan untuk final exam sebelum nie.

Tidaklah, aku bukan nak mengeluh. Memang inilah namanya kehidupan, bukan? Semuanya tanpa kita sedari. Tiba-tiba je ada orang cakap final exam tak lama lagi, tak sampai sebulan pun dari sekarang. Tiba-tiba dia hilang dan pergi. Tiba-tiba dia hadir. Macam tu lah lebih kurang, semuanya tiba-tiba. Tanpa ada persediaan.

Terkadang aku berasa letih dengan kehidupan seorang pelajar. Terkadang aku lelah menjadi seorang gadis yang usianya meningkat dewasa. Ujian dan dugaan itu datang tanpa henti, terkadang bertindih-tindih berebut menghadirkan diri ke dalam hidup aku.

Aku tahu itu semua kehendak Tuhan. Aku harus terus tabah dan sabar. Aku tahu semakin banyak ujian dan semakin sabar kita menempuhi ujian itu, darjat kita akan menjadi semakin tinggi.

Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi semua dugaanMu supaya aku layak untuk dinaikkan darjat di sisiMu. Amiiiin.

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 19, 2011

Assalamualaikum.

Aku cuma rindukan gajah aku.
Itu sahaja.

Petang tadi aku tidur termimpikan gajah aku.
Kelakar, bukan?

Gajah,
Jangan lupa makan :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, August 18, 2011

Assalamualaikum.

Aduh, tersentap sekejap.
Tidak marah, tidak geram.
Bukan apa, cuma tidak menyangka.
Kan ada cara lain?

Sikit pun tak minta untuk kau menyesal.
Aku faham itu tanggungjawab.
Faham sangat.

Maaf.

awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, August 14, 2011

Main Gila.

Assalamualaikum.

Dia main gila dengan aku. Serius dia memang saja nak buat aku jadi gila.

Hello, kau takpayah buat macam tue pun aku dah ada potensi nak jadi gila tau. Ergh~

First thing first, aku nampak wall post dekat wall kau, cakap kau dah ada tiket flight. Okay fine, itupun through FB kawan aku. Kau ada cakap, "Peninsular, here I come!"
Aku tarik nafas panjang.

Then few days lepas tue, kau naik status lagi, kau cakap #currently at KLIA. Klau kat kl, bila brbuke ek? :O"
Aku komen, kau tak reply. Instead, kau like je. Fine, aku tarik nafas panjang lagi.

Lepas tue pagi tadi aku bangun, KakSar kejut ajak pergi Kota Tinggi, beli baju raya. Aku macam, 'ah? Kota? Jauhnyaaaa.' tapi still bangun juga pergi mandi dan semuanya.

Lepas mandi aku online. Aku nampak status kau lagi.
"otw to Kota Tinggi Waterfall. singgah2 aje :) aduhhh pening hotak"

Dan aku pula like "WHAT THE HELL??????????"
Kali ini aku tarik nafas yang sangat panjang. Lagi, lagi dan lagi. Sangat panjang.

Oh man, apa yang kau nak sebenarnya? Boleh tak jangan ego terus mendiamkan diri daripada aku?

# Kejap lagi baru nak gerak pergi Kota Tinggi.
Tuhan, apa semua ini? Tolong tunjukkan apa yang terbaik untukku. Aku merayu... :'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Friday, August 12, 2011

Unexpected thing will sometimes be real !


Assalamualaikum.

Siapa sangka? Takde siapa pun..
Ini nama dia rezeki Tuhan. Aku cuma mampu berharap rezeki ini sentiasa menjadi milik aku. Amiiin.

Kalau aku berusaha, tak mustahil kan? Tolong sepak aku supaya aku berusaha lebih lagi..
Doa ayah dan mama, InsyaAllah aku takkan pernah terlepas daripada mendapatkan itu..
Restu pendidik, aku akan sentiasa pohonkan. Semoga mereka sentiasa menghalalkan semuanya.
Berkat dan redha Allah pula, akan aku sentiasa minta.

Semua faktor itu sebenarnya faktor yang sangat-sangat mempengaruhi. Minta dijauhkan aku jauh daripada itu semua. Amiiin.

Aku selalu bermimpi menjadi ini, tapi aku tidak pernah menyangka akan menjadi realiti. See, tiada yang mustahil dalam dunia ini kan?

Nak kata aku pandai, tidak, aku tidak rasa aku pandai pun. Sikit pun tidak. Ada lagi yang jauh lebih pandai daripada aku
-.-
Dulu masa sekolah, aku selalu gagal. Sampaikan aku pernah tak lagi rasa sedih bila aku gagal. Serius!

Bila orang cakap aku pandai, aku cuma aminkan. Syukur.
Bila orang kata jealous dengan aku, aku tidak suka. Janganlah, tak perlu jealous dengan aku. Aku bukan ada apa-apa pun..
Bila orang minta tolong, aku akan cuba sedaya upaya aku. Selagi yang aku daya, selagi yang aku mampu.

Manusia semuanya ada kelebihan dan kekurangan sendiri, bukan? Mungkin ini kelebihan yang Tuhan bagi buat aku sekarang. Dan aku akui, aku punya sangat banyak kelemahan. Sangat banyak!

Tapi aku bersyukur sangat sebab Tuhan bagi aku peluang untuk gembirakan hati mama dan ayah. Itu yang paling penting buat aku. Terima kasih, Tuhan. Tolong berikan aku peluang ini lagi boleh? Wink wink ;)

I need to be in a room of improvement. Yes I need to. I have to make some changes, and I am in the process. Blood, thanks for always reminding me not to take things easy anymore. Thanks for keep supporting me. Special thanks for being here with me all the time, holding my hand and walking together with me. May Allah bless us and may the success be ours! Thank you Eka, I love you much! ♥



NUR AFIQAH ASMUNI, MY BLOOD ♥


And to the rest.. Lets move on.. Lets do huge changes.. Lets prove to our lecturers that we too, can be the best! InsyaAllah.. Whatever it is, everything starts from ourselves. Nobody can change you unless you change yourself, in the first place.

All the best, guys! :)


awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 9, 2011

Kali ini untuk apa?


Assalamualaikum.

Dia kembali lagi. Ya, dia kembali lagi. Tapi untuk apa? Aku sendiri tak pasti. Tanda tanya yang sebelum nie hampir-hampir hilang menyembunyikan diri, seakan-akan muncul semula bahkan bertambah besar.

Tidak, aku tak ingin meletakkan diri aku sendiri dalam kesusahan lagi. Awal-awal lagi aku diberi amaran supaya tidak lagi meletakkan harapan yang tinggi kepada dia. Kata sahabat, dia tak ingin lihat aku bersedih lagi. Kata sahabat, cukuplah aku menangis kerana makhluk Tuhan itu.

Kepulangan dia sebenarnya memang aku tak jangka. Dia kembali semula setelah genap dua bulan menyepi secara tiba-tiba. Dua bulan, kawan. Dua bulan. Bukan dua hari, bukan dua minggu. DUA BULAN ! Dua bulan tue bukan sekejap, faham?

Dalam tempoh masa tue, aku gigih meneruskan langkah. Bukan mudah untuk seorang gadis comel yang tak berapa nak tabah nie bangkit semula daripada kesakitan semalam. (ok, sila muntah)

Aku bangkit dan jatuh lagi. Bangkit dan jatuh lagi. Ya, memang betul kata seorang teman ini. Kata dia, mendaki gunung itu memang punya banyak cabaran, pasti berkali-kali kita jatuh. Tapi kita perlu bangkit untuk sampai ke puncak, bukan? Kata dia lagi, perubahan mungkin terjadi bila pelangi muncul kembali selepas hujan lebat. (ada org kenal ayat ini? sila buat taktahu -.-)

Pening. Kepala aku pening. Aku tidak hendak. Eh, tidak ke hendak? Pffft ! =='

Dia kembali tapi dia masih menyepikan diri, sebenarnya. Dia tidak lagi suka meninggalkan jejak pada dinding mukabuku aku seperti dulu. Dia tak ubah hanya seperti seorang pegawai penyiasat yang selalu memastikan suspek berada dalam keadaan terkawal, yang hanya memerhati dari jauh. (apa aku merepek nieeeeeeeee!) Hah! Tapi serius, dia seperti lain. Ah, perlu ke aku kisah?

Kata sahabat lagi, berkawan je, jangan suka peningkan kepala sendiri tanya soalan yang takde jawapan.

Tapi, apa point dia muncul semula? Ah, aku sumpah kau jadi manusia, wahai manusia! Kau memang suka kan datang untuk serabutkan hidup aku? Apa ada dalam fikiran kau, lelaki? Apa sebenarnya plan yang kau dah rangka untuk drama nie?

Ah sudah.... Makin serabut kepala otak aku nanti...

Baiklah, at last kan, kata mama juga yang aku paling nak ikut. Kata mama, jodoh maut semuanya di tangan Tuhan. Baiklah mama, saya faham sangat.

Bukan kerja kita dan sikit pun kita takde hak untuk tentukan takdir kita. Jadi, jangan terlalu berharap kerana belum tentu lagi dia jodoh kita dan belum tentu lagi dia bukan jodoh kita. Haha boleh macam tue?

Wahai kau manusia yang bernama lelaki, cukuplah kau buat sekeping hati milik gadis comel yang tak berapa tabah nie gundah-gulana. Berikan kata putus, biar aku terang dan faham.

Lek je ah, gua open minded kayy. Kalau lu nak masuk minang gua pun, cakap je ah. Lu kan suka buat semuanya dgn tiba-tiba an. Kalau tiba-tiba nak minang gua pun boleh je, tapi tunggu gua grad dulu kay. Haa, takyah nak malu-malu. Hahahahahahaa cam klaka =='

Okbai fullstop. :/



Lihatlah
Apa salah hati ini
sampai kau sampai hati buat ia begitu?
Hati ini innocent, faham?



awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, August 7, 2011

Tuhan....

Tuhan, dugaan Kau ini terlalu berat.
Aku tidak kata aku tidak mampu, tetapi aku letih, Tuhan.
Selepas satu demi satu takdir yang Kau tentukan untuk aku.
Aku selalu tertanya-tanya bila hal ini akan berakhir?

Tuhan..
Hanya kepada Kau aku memohon dan berharap.
Hanya Engkau yang tahu segalanya.
Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untukku.
Aku malu untuk terus meminta, tetapi kepada siapa lagi, bukan?
Hanya Engkau.

Tuhan Yang Satu...
Aku mohon, Kau berilah aku petunjuk tentang apa yang sedang aku alami.
Engkau perancang terbaik,
Izinkanlah aku melihat bayang-bayang rancanganMu itu
Supaya hati ini sedikit tenang..

:'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, August 3, 2011




ARGHHHH !!!




awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, August 2, 2011



Tuhan, kenapa hati ini aku rasakan masih belum sembuh? Tuhan, kenapa ia seperti semakin sakit? Tuhan, tolong bantu aku, tolong.

Bulan ini sungguh mulia. Waktu ini cuma setahun sekali. Belum tentu lagi aku akan ada masa untuk berada dalam bulan yang mulia ini tahun depan. Nanti, jangan menyesal kalau kau tak manfaatkan bulan nie sepenuhnya, ya yaya?

Yaya.. Tuhan itu maha mendengar.. Tak pernah satu saat pun Dia tertinggal untuk mendengar SEMUA kata-kata hambaNya.. Percayalah..



awak tolong LIKE ya ? :)

Sunday, July 31, 2011

When The Ramadhan Comes.


Assalamualaikum guys girls gays ..

Hai.

Saya ada banyak benda nak cerita, tapi saya tak ada mood nak menaip, kawan-kawan. Maaf maaf maaf!

1) Saya rasa bahagia bila saya tengok orang yang saya sayang gembira, especially mama and ayah. Mama ayah, i give this special for both of you!



And this is us.


Yaya, Eka dan Tika.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan atas nikmat ini. Aku bersyukur, sangat bersyukur. Hanya Kau yang mampu memberi aku nikmat seindah ini. Kau peliharalah aku dunia dan akhirat. Amiiin.

Aishah Dianah a.k.a Yana insyaAllah akan rasa feeling ini sem depan. Org doakan hang, Yana. Nanti kita akan bergambar mcm nie berempat okay? Promise me that you'll work hard for this. Anyways, KakDayah yakin hang bole dapat. Orang nampak kesungguhan dan usaha hang kali nie. InsyaAllah. Amiiin!



2) Saya suka nak cakap selamat berpuasa, kawan-kawan! Semoga Ramadhan kali nie much better than before. Tahniah dan Alhamdulillah sebab kita still lagi berpeluang untuk berpuasa tahun nie. Saya akan berusaha untuk kawal mulut saya daripada mengeluarkan perkataan-perkataan lagha sepanjang bulan ini dan harap-harap kekal sampai bila-bila. May Allah bless us!

Lagi sebulan, saya akan wish awak semua raya, ya :)

3) Maaf kalau ada kesalahan yang saya lakukan terhadap awak-awak. Saya mungkin sengaja, mungkin tak sengaja. Maafkan saya. Saya cuma manusia biasa yang tak pernah lari daripada melakukan kesalahan. Maaf.

4) Kakak, bukan niat saya untuk berperasaan macam nie. Saya harap saya bukan puncanya jika itu terjadi. Tapi insyaAllah itu takkan terjadi. Saya pasti akan rasa bersalah nanti. Saya minta maaf teramat sangat :(

### Tajuk entry macam takde kena-mengena. Biaq pi aihhh :D
Assalamualikum.

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, July 27, 2011

Kenapa masih berdegil? :/

Aku tahu aku harus terus tabah mengharungi hidup yang punya pelbagai cabaran. Aku sedih, aku tahu aku buat salah lagi. Kata orang, sendiri buat sendiri tanggung. Ya, aku sedang menanggung semua rasa ini.

Kenapa hati ini terlalu degil untuk dengar kata aku? Kenapa dia harus khilaf menjatuhkan diri pada insan yang salah? Degil, kau terlalu degil, wahai hati! Dan kini kau yang sakit menahan perasaan, kan? Padan muka kau.

Hati.. Tolong bangkit dari tidurmu ya, sayang.. Tidak letihkah kau? Diri ini sangat penat, hati. Tolonglah faham.

:'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Thursday, July 21, 2011

Setiap kali nama dia terlintas dalam fikiran,
mata aku panas,
jantung aku sakit.

Tuhan, beri aku kekuatan :'(


awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, July 18, 2011

I guess this is the end of our story.


Saya dah buat keputusan. Saya dah fikir lama, buah rambutan yang belum masak dulu pun sekarang dah masak ranum tunggu saya buat keputusan.

So, saya rasa cukuplah setakat ini cerita awak dalam hidup saya. Saya takkan mungkin lupa kehadiran awak dalam hidup saya, insyaAllah sampai mati pun saya akan ingat. Terlalu banyak yang saya dah lalui sepanjang perkenalan saya dengan awak yang tak sampai setahun ini. Saya tahu nanti bila tiba 20 Oktober, saya pasti akan rindukan awak. Tapi tak apa, sebab itulah saya buat keputusan untuk biarkan awak pergi dari hidup saya sekarang supaya nanti bila tiba waktu itu, saya tak adalah sedih sangat.

Saya tak adalah kuat mana pun macam yang awak fikirkan. Sebab saya manusia, perempuan pula. Memang tidaklah saya kuat seperti besi keluli. Tapi saya tak akan mengalah. Ini hidup saya dan awak tak berhak untuk buat saya terus sedih. Hidup saya pada umur saya sekarang, sepatutnya saya gembira. Saya masih ada banyak tanggungjawab lain, bukan untuk fikirkan awak sahaja.

Saya rasa, eloklah kalau awak terus diam seperti sekarang. Saya harap awak tak kembali dalam hidup saya untuk buatkan hidup saya gundah-gulana lagi. Saya mohon awak janganlah muncul secara tiba-tiba lagi, sebab kalau itu terjadi, saya mungkin akan lemah lagi.

Awak tahu, lagu ini terlalu bermakna buat saya. Air mata saya boleh jatuh setiap kali saya hayati lagu ini. Saya rasa sedih sangat. Saya taknak tanya kenapa awak buat semua ini dekat saya sebab kalau saya tanya, awak kena jawab dan kalau awak kena jawab, maknanya awak kena muncul lagi dalam hidup saya. So I guess you better keep it low, please do.

Ya, mungkin inilah takdir yang dah tersurat untuk saya. Tak apa, saya terima dengan tabah. Saya tak suka jadi perempuan lemah. Awak tak perlu minta maaf sebab saya dah maafkan awak. So mulai saat ini, saya lepaskan awak dari hidup saya. Mungkin ingatan saya masih belum boleh lepaskan awak, tapi tak apa, slow and steady lah. Saya harap awak selalu sihat dan bahagia dalam hidup awak, Haizal Amri. Saya pasti akan rindukan nama awak.

Wahai hatiku yang sekeping ini, maaf aku sudah terlalu banyak membiarkan kau terluka. Aku akan berusaha sebaik mungkin untuk buat kau kembali berwarna ceria. Dengan izin Tuhan, aku tak akan jatuhkan kau pada orang yang salah lagi. Aku harap Tuhan akan tolong aku. Aku harap kau tak sedih lagi. Aku minta maaf, hati.

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, July 11, 2011

I Think I Lose Focus

Assalamualaikum ,

Umph.

I got nothing much to say .

It's just like, I don't have the heart to study anymore :/ Sounds so bad isn't it ? I don't know what my test papers would be like. I don't know what kind of shit that I put on my answer sheets.
It's like I lose focus on everything I do . I can't give full attention during classes, I always feel tired, I always day-dreaming and I always want to do useless thingy.


Thus, my money seems like water flowing smoothly into the drain (bedal je aku sebut. kahkah)
I always eat, more often like how often I eat before, I guess. I always don't have the desire to complete my assignments. I procrastinate much and lastly it's me in trouble.
But, however it is, Alhamdulillah, I am still in the right path of Muslim, InsyaAllah.

People, what's wrong with me?

Yes, I laugh a lot, but I hurt so much :'(

Mama Ayah, family, my future, you are my strength. If and only if I don't think of you, maybe I will not be here anymore. Don't get me wrong, perhaps I'll be somewhere else working or being a housewife. Akakaka :P

Somebody out there, please tell Nurul Hidayah Khairudin to teach her heart and her mind to stop hoping and to stop thinking ! By hook or by crook, she needs to let go of that messy thing that messes her up. Tell her that she needs to get back her focus on everything and she must be strong in whatever situation she's facing. Remind her that she always have her God who is always by her side. Thank you.

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, July 9, 2011



My mind tells me to give up , but my heart won't let me .

I just miss you .

:'(

awak tolong LIKE ya ? :)

Wednesday, July 6, 2011

Genap Sebulan


Assalamualaikum

5 Julai 2011 , genap sebulan aku keseorangan lagi . Pergi dan hilang tanpa pesan , dan aku teruskan hidup tanpa ditinggalkan pesan .

Mungkin ini adalah jawapan . Mungkin ini bukan .

Aku ceria sungguh pada 5 Julai ini . Dari pagi sampai ke petang , aku tidak henti ketawa . Eh , nampak beno nipunyaa ~ Hihi .

Entahlah , mungkin aku cuba tidak memikirkan . Walaupun hakikatnya sebaik saja aku buka mata pada pagi itu , yang aku ingat adalah dia . Tapi mungkin dengan kekuatan yang Tuhan kurniakan , aku berjaya mengatasi semua perasaan itu . Aku berjaya mengawal perasaan itu .

Aku sebenarnya sedang melawan hakikat yang sebenarnya hari ini dia telah menguasai fikiranku . Tuhan , serius aku rindukan dia :'(

Wahai dia , hiduplah kau di sana aman dan bahagia . Semoga Allah merahmatimu :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Monday, July 4, 2011

Hebatnya Kuasa Sebuah "Terima Kasih"


Assalamualaikum :)

Sabtu lepas aku sangat dan teramat letih . Biasalah jadi kakak , tanggungjawab itu besar .

Mama dengan Ayah pergi KL , ada tugas lain . Aku bangun awal dari biasa , pagi-pagi aku bangun untuk siapkan adik pergi sekolah , ada larian perdana kan ? Err sebenarnya aku just siapkan air mandi Abang je . Hihi . Then pukul 7 hantar Abang dengan Tyah pergi sekolah . Adik ikut sekali . Adik kan satu sekolah dengan Abang . Then bila sampai dekat sekolah Abang je , Adik nampak kawan dia ada kat situ . Pastu kann , Adik kata " Kakdayah , boleh tak lepas nie Adik nak pergi skolah? Nak pergi dekat kawan Adik . "

Pfffft ~

Sampai je rumah , aku terus suro Adik pergi mandi , siap-siap , aku pergi hantar dia balik . Dan aku pun keluar lagi untuk hantar Adik pergi sekolah . Biasalah takut minyak kereta tak habis kan :P

Lepas larian perdana , kat sekolah Abang Adik ada hari terbuka . So aku dengan KakSar yang kena pergi sebagai wakil Mama dengan Ayah . Hikhik . Masa jumpa cikgu Adik , kantoi kot Adik suka main dalam kelas . Nakal ==' Abang pulak , dia budak baik , tapi cikgu kata suka ponteng sekolah . Hihi . Dah mcm kakak dia la pulak niee adoii :P

Masa masuk sekolah tue , aku rindu kot zaman sekolah rendah aku . Teringat semua kelas-kelas lama aku , cikgu-cikgu , kawan-kawan semua . Huhu . Serius rindu gilaa . Tapi macam awkward seh nak berbual dengan cikgu . Kalau ade geng baru ahh syiokk kot . Huhu .

Time flied so fast and furious . Tiba-tiba je dah tengahari . Tak sempat nak rehat , kena keluar lagi ikut KakSar pergi ambil JFY dekat workshop , dia baru siap service air-cond . Dengan panas teriknya , aku dengan tak berapa rela keluar lagi .

Then lepas tue , rehat kejap , buka youtube tengok maharaja lawak adoi punnnn . Lawak kot , macam dafi . Haha Seriously this is best , bro . This is best bro . Heeee :D

Tengah-tengah tengok tue , mata tak tahan sangat , terus je terlelap . Tapi sebelum tue dah deal dengan Yana nak makan cendol petang lepas Asar dekat Greenjade . So rasa macam tak lama kot dapat lelap , kejap je , kena bangun lagi . Huhu .

Petang tue Tyah mintak tolong hantar pergi rumah kawan dia pulak , ada kenduri kot . So before pergi Greenjade , aku pun hantar Tyah dulu . Dia kata malam baru balik . So aku pun okay je la . Then terus gerak pergi Greenjade , makan Oblong .

Balik rumah , penat tak terkata kot . Adik pulak kata dia lapar , dengan rasa kasihannya aku pun gorengkan dia apa yang ada . Nugget Marina dengan fries je pun . Ahaks . Lepas tue aku lepak habis . Memang habis la aku lepak . Orang lain nak lepak mesti takde , sebab aku dah habiskan . Hihi :P

By the way aku tunggu lah kan Tyah call suro amik . Dah pukul 11 lebih pun dia tak call lagi . Aku nak contact dia , dia takde phone pula . So kena la tunggu je . Aku pula dah banyak kali terlelap terjaga terlelap terjaga . Memang lepak habis aku kata . Haha

At last tak tahan , aku decide nak tido je . Dah pukul 12 lebih kot masa tue , aku dah ngantuk sangat tak tahan . Dalam hati kata , "hang tido je la kat ruma kawan hang tue." Hihi . Lepas tue terus bamm , tido .

Pukul 1 lebih phone aku bising menyanyi . Tyah call minta amik . Masa tue aku panas betul la . Rasa mcm nak mengamuk pun ade . Mana tak nya , dia kacau aku tido kot . Dah la aku memang penat sangat an an annn . Dengan membebel-bebel tue aku bangun gak pergi fetch dia . Dalam kereta aku diammm je sepatah haram tak bercakap . Lagu best kat radio pun aku tak ikut nyanyi . Memang marah betul la . Haha

Tyah pulak , dia pun diam je . Takut nak bercakap ngan aku agaknya . Aku kalau tengah marah , aku akan diammm je . Kalau aku tengah marah , tolong jangan cakap ngan aku . Aku taknak layan . Kalau aku tak layan , nanti korang juga yang sakit hati an an annn . Hihi . Sampai rumah , aku cakap kat dia dua perkataan nie je , "tutup pagar."

Bila masuk , aku nak sambung tido sebab aku tahu aku takkan dapat tido lama sebab Mama dengan Ayah akan sampai dari KL pukul 4 pagi dan aku kena fetch diorang pula .. Dan aku kena balik rumah sewa lepas Subuh sebab pukul 8 aku kena ber-JPA sampai ke petang .

Tapi sebelum aku tido , Tyah ada cakap "KakDayah , terima kasih sebab tolong amik."

Perghhh , serius aku terus cair . Rasa marah aku yang meluap-luap tue terus hilang . Rasa macam sejukk je hati nie tau . Serius .

Then aku pun tidur dengan senang hati walaupun tak berapa nak senang sangat sebab tahu tak dapat tidur lama kan . Huhu .

By the way , hebat tak kuasa dua buah perkataan itu ? Jadikanlah 'terima kasih' tue sebagai rutin bibir dan suara kita untuk sentiasa kita ucapkan bila-bila masa orang tolong kita atau buat baik kat kita . InsyaAllah orang yang mendengar tue sejuk hati . Bukan susah pun , dua perkataan je kot . Tak sampai seminit pun kalau kita nak cakap .

Lagi satu , kalau ada apa-apa salah yang kita buat walaupun sekecil zarah , jangan lokek dan jangan berat untuk tuturkan kata 'maaf' . InsyaAllah kalau macam nie , tak wujud budaya benci-membenci .

Okay lah , till then . Illal'iqaa :)

awak tolong LIKE ya ? :)

Saturday, July 2, 2011

Life changes all the time . It starts and it ends .

Assalamualaikum


Every and each people won't miss a chance to either feel happy or sad . It depends on us how we are going to cope with it . Muslims SHOULD remember our One and Only God all the time , for HE is the only one who grant us with those feelings and HE is the one who give us the strength to continue living .

Friends come and go . Rain falls and stop raining . Nights come and go . Dramas start and end . People live and die . You laugh and cry . In a simple sentence , everything has its start and its end .

People , I am quite worried about the condition of my life recently . Ya Allah , please guide me . Please drive me to your blessing . Heal this hurt . Give me the strength . Show me the truth . Ya Allah, I surely could not live without YOU . Indeed , YOU are the best planner , I plan but You are the one who decide . I rely every single thing on You , God .



awak tolong LIKE ya ? :)

Tuesday, June 28, 2011

Awak dah besar ♥ :)


Assalamualaikum ,

Jam 0000 sekarang nie .

Awakkk , selamat hari lahir ! Kalau ikut FB awak , birthday awak harini kan ? Aku tak lupa pun -____- Hmm , tiba-tiba aku rasa macam sedih lah . Rindu yang sangat membuak-buak nie . I've been waiting for this day long time ago . Dulu aku berangan nak jadi orang pertama yang wish birthday kau . Tapi malangnya jejak kau pun aku tak nampak .

H.A ,

Selamat 22 tahun ! Apa khabar kau kat sana ? Kalau kau tengah makan sekarang nie , jangan tersedak kay . Aku tengah sebut nama kau berulang-ulang kali dalam hati ini . Aicehh =='

Kau selalu berikan aku persoalan yang tak ada jawapan , Rie . Atas alasan apa kau buat semua nie kat aku ? Suka-suka atau hobi ? Aku nakkkkkk sangat tahu . Hmmm ...

H.A , semoga hari ini membawa seribu erti untuk kau . Manalah tahu kau ada jumpa gadis yang buatkan kau tertambat hati ke , aku doakan kau bahagia dengan dia . Manalah tahu hari ini kau naik pangkat ke kan , aku doakan kau sentiasa berjaya dalam hidup tak kira di dunia mahupun akhirat .
Manalah tahu hari ini kau teringat kat aku ke , aku doakan kau sentiasa ingat kat aku . Eh , macam tersasar jauh pulak -_____-'

H.A , tolong jaga diri kau baik-baik . Mungkin dah sampai masa aku teruskan hidup dan biasakan diri untuk terus hidup tanpa kau . Orang kata kalau kita sayang seseorang , biarkan dia pergi . Kalau dia kembali , itu bermakna Tuhan dah takdirkan dia untuk kita . Kalau tidak , maksudnya dia tak pernah ditakdirkan untuk kita . Atau ayat yang lebih tepat sebenarnya , tawakkal jelah . Tuhan itu tahu semuanya , bukan ?

Aku teruskan hidup tak bermakna aku melupakan kau . Aku masih menanti , cuma aku membuka lebih ruang untuk diri aku sendiri supaya aku boleh jadi lebih tenang .
Ahad lepas bila aku tengok tv3 , aku terletak harapan kau keluar TV tau ! Haha . Mana la tahu kau ada kat Jom Heboh tue kan . Tapi tak ada :/

H.A , semoga kau sentiasa bahagia di sana . Aku nak sangat tengok kau senyum selalu . Kau jaga diri baik-baik tau , jangan sampai patah riuk lagi . Aku risau . Kau pun dah besar kan , harus lebih matang dalam semua aspek :)

Walaupun satu minit , aku tak pernah terlepas daripada TERfikirkan kau setiap hari , H.A . Okay lah , aku membebel sorang-sorang pun takde guna kan . Bukannya kau ada pun untuk baca benda nie . May Allah bless you always , awak . Jangan lupa solat tau . Assalamualaikum .


Happy birthday to you ,
Happy birthday to you ,
Happy birthday to H.A ,
Happy birthday to youuuuuuu !

awak tolong LIKE ya ? :)